Khamis, 13 Mei 2010

RESTORAN ARAB ALRAWSHA

Kali ini aku mencuba makan makanan Arab di Restoran Al-Rawsha....memang best makannya.....dan banyak betul pilihan menu yang sungguh menyelerakan.....  harganya pula agak berpatutan......boleh ler aku masukkan restoran nih dalam list restoran Arab yang aku gemari selain daripada Restoran Saba' di Setiawangsa dan Cyberjaya dan juga Restoran Al-Diafah di Sri Petaling..

Al-Rawsha Restaurant
No. 78, Jalan Damai
Off Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 2143 9151
Website: www.al-rawsha.com

Aku nih memang suka makanan Arab...pantang dengar ada restoran Arab....mesti aku pergi punya.....apa lagi kengkawan....jom ler kita serbu.... 

Ini tempat makan Arab style...... 






My favourite - Mahalabia (puding susu) 



Must try - Lamb Madghut (top menu) 



Aku try Chicken Mandy.....best  

MAKANAN ARAB DI TARBUSH



Jika anda menggemari hidangan Asia Barat, anda tidak perlu ke negarapadang pasir itu semata-mata untuk menikmati hidangan yang enak lagi menyelerakan.

Anda hanya perlu ke Sunway Pyramid kerana restoran Tarbush menawarkan pelbagai makanan tradisional dari rantau Asia Barat itu.Anda juga boleh mengunjungi cawangan restoran itu yang terdapat di Jalan Bukit Bintang, Starhill Gallery dan di Pulau Pinang.

Kebanyakan makanan yang ditawarkan adalah makanan tradisi masyarakat Arab yang kaya dengan keenakan rempah ratus terpilih dari Asia Barat.
Hidangan utama yang ditawarkan restoran ini adalah hidangan nasi beriani dengan campuran daging kambing panggang ala Tarbush.

Anda juga boleh mencuba pelbagai hidangan pembuka selera seperti hommus tahina, mutabal, wara ainab dan falafel.
Tidak lengkap kiranya setiap hidangan tidak diakhiri dengan pencuci mulut. Baklawa dan hidangan buah-buahan disediakan bagi melengkapkan lagi hidangan anda.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.tarbush.com.my/
Alamat Restoran Tarbush
* Sunway Pyramid : LG2.123, OB South, Sunway Pyramid, No.3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya Selangor.
* Bukit Bintang : No. 138, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
* Starhill Gallery : No. LG 16, Starhill Gallery, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
*Penang :No 1, Lot 413, Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Rabu, 12 Mei 2010


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TELEVISYEN SERTA CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN MENONTONNYA



TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS


Televisyen (TV) merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh dan hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Namun pernahkah kita terfikir akan kebaikan dan keburukan TV ini kepada kita semua?

Kebaikan:-

1. Alat untuk menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara (macam berita pukul 8 malam tu dan berita dunia). Segala maklumat di dalam dan luar negara, kita perolehi dalam masa yang amat singkat. Kelebihan ini memang tidak dapat dinafikan lagi.

2. Alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. RTM banyak menyediakan program-program macam ni, ianya seperti maklumat tentang pertanian, begitu juga seperti TV3 melalui rancangan MedikTV yang menyampaikan pengetahuan tentang dunia perubatan. Rancangan seperti ini amat berguna kepada masyarakat kita, ianya amat berguna dan menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu perkara.

3. Alat hiburan. Alat hiburan juga merupakan elemen penting dalam kehidupan kita. Setelah seharian penat bekerja, kita memerlukan hiburan untuk merehatkan minda kita.

4. Alat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh media elektronik kepada masyarakat. Misalnya program Bersamamu oleh TV3, melalui program ini kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Begitu juga permasaalahan yang berlaku kepada penduduk di sesetengah tempat, apabila masalah ini diutarakan, pihak yang berwajib mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya.

5. Alat untuk pengiklanan produk dan servis sesebuah syarikat. Ini memberi kelebihan kepada pengiklan dalam mempromosikan produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh mereka.

Keburukan:-

1. Boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak, ini adalah kerana:-

- menyekat perkembangan teknik membaca. Dalam usia yang muda, kanak-kanak mesti dilatih untuk membaca dan menambah teknik mereka dalam pembacaan. Ini masih terdapat kanak-kanak yang sudah masuk darjah 1 tapi masih tidak tahu membaca.

- menyekat perkembangan skill-skill lain seperti bahasa, pergaulan, kreativiti dan juga skill mendengar. Skill-skill ini hanya boleh ditingkatkan dengan memperbanyakkan pergaulan mereka dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.

- Hilang tumpuan dalam pembelajaran. Ini berlaku apabila ketika kanak-kanak tersebut menyiapkan kerja sekolah, TV dibiarkan terpasang, oleh yang demikian, tumpuan kepada pembelajaran terganggu.

2. Rancangan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan juga remaja seperti adegan seks, banyak memberi kesan buruk kepada dua golongan ini. Pada masa kini tidak mustahil kanak-kanak yang masih di sekolah rendah boleh membuat aksi seperti bercium. Ini adalah pengaruh dari TV.

3. Membazir duit. Pada masa sekarang ini banyak program-program realiti telah diadakan, contohnya program Akademi Fantasia. Pembaziran duit berlaku apabila penonton terpengaruh dengan program tersebut dan taksub untuk menyokong peserta yang mereka sukai dan mereka mengundi peserta tersebut. Undi bukan sekali dua, malah mungkin beratus-ratus kali. Berapa yang telah dilaburkan? Siapa yang untung? Adakah orang yang mengundi akan mendapat untung? Jadi fikir-fikirkanlah.

4. Membazir masa. Pembaziran masa ini terjadi apabila terlampau banyak masa dihabiskan di hadapan TV dengan hanya menonton rancangan-rancangan hiburan.

5. Penonton terpengaruh dengan iklan-iklan yang dilihat di TV. Apabila terpengaruh faham-faham sahaja lah, benda yang tidak perlu di beli...terus di beli.

6. menyekat perkembangan otak kanan iaitu bahagian untuk kreativiti. Apabila kita menonton TV, kita hanya mendengar dan melihat tetapi otak kita jarang digunakan dalam masa tersebut. Berbeza jika kita membaca buku cerita misalnya. Apabila kita membaca buku cerita, kita akan cuba menggambarkan (macam imaginasi) apa yang diceritakan dalam cerita tersebut, sekaligus mengaktifkan otak kanan kita. Otak kiri dan otak kanan kita seelok-eloknya di balancekan.

7. Digunakan oleh orang-orang tertentu untuk mempengaruhi pemikiran rakyat/masyarakat. Ini berlaku ketika pilihanraya yang lepas yang mana terdapat parti politik yang menggunakan sepenuhnya media elektronik dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Kuasa yang mereka ada telah digunakan sepenuhnya. Pada sesetengah pihak, ianya menganggap sebagai kebaikan. Itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

8. Terdapat juga maklumat yang diterima adalah maklumat yang salah. Media-media elektronik mestilah bertanggungjawab terhadap setiap maklumat yang mereka sampaikan.

Bagaimana cara untuk mengurangkan menonton TV:-

1. Jangan letak TV di ruang tamu, ini kerana apabila kita balik, kita akan terus membuka TV dan ada kemungkinan TV tersebut akan berpasang tanpa sesiapa yang menontonnya. Seelok-eloknya disediakan satu bilik khas untuk menonton sahaja.

2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini akan memudahkan mereka untuk menonton TV tanpa pengawasan dari ibu bapa.

3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan-rancangan tertentu sahaja. Misalannya dalam seminggu anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan-rancangan tertentu sahaja. Ini hendaklah dipraktis sejak anak-anak masih kecil lagi.

4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton. Beri contoh yang baik kepada anak-anak.

Kita hendaklah pandai dalam memilihkan program-program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesan bukan dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang. Fikir-fikirkan lah. 

Dengar Radio Online

Labels: 

Jom dengar radio online melalui Malaysian Radio! V3....jom layan.. interface pun dah cun daripada sebelum..

Apa Malaysian Radio! V3 ni??? ini merupakan satu software alternetif untuk mendengar radio malaysia secara streaming yang dibangunkan oleh team Acapz ( Programer )dan Syntax ( Programer ). Link radio yang tedapat dalam software ni pun kira semua ada kalau tak percaya cuba test try hehehe memang besst.

Download Installer Link :

Mediafire

Savefile


Download Portable Link :


Mediafire

Savefile


p/s kepada pengguna Vista selepas install sila klik icon Malaysian Radio!V3 di desktop ..right click icon tu dan klik pada Run As Administrator.

Sumber dari Allinwarez Eborneo


Meletak Status Yahoo dan Skype dalam Blog

Labels: 
Memandangkan aku tak mengantuk lagi menyebabkan aku rajin sikit untuk membuat panduan kepada kawan-kawan tentang cara meletakkan status YM dan Skype ke dalam Blog. Sebenarnya mula-mula dulu aku pun tak tau macam mana nak buat bende ni so dengan bantuan pakcik google membuat kan aku tahu la sikit pasal bende ni hehehe..

Kalau ada status YM atau skype dalam blog korang boleh la pelawat korang PM dan berinteraksi dengan korang...



Bagi status Yahoo dalam Blog




Copy kod diatas pergi ke Template > Page Elements dan klik Add a page element > HTML/Javascript dan paste kan kod tersebut.Tukar Your-YM-ID kepada id YM korang lepas tu save siap. Kalau susah sangat nak cari Your-YM-ID copy ni Your-YM-ID pastu tekan ctrl + f dan ctrl + v ha jumpa la tu ada dua Your-YM-ID kene tukar tu..

Korang juga boleh menukar icon dengan menukar no 1-24 pada g&t=14"/>




Bagi status Skype dalam blog




Copy kod diatas pergi ke Template > Page Elements dan klik Add a page element > HTML/Javascript dan paste kan kod tersebut.Tukar Your-Skype-ID kepada id YM korang lepas tu save siap

Nak lagi senang pergi ke http://www.skype.com/share/buttons/

Masukkan id Skype korang



Buat pilihan buttons



Copy code dan pergi ke Template > Page Elements dan klik Add a page element > HTML/Javascript dan paste kan kod tersebut.Tukar Your-YM-ID kepada id YM korang lepas tu save siap



ReviewReviewReviewReviewReviewProtokol yahudi dalam serangan fikriyyahFeb 19, '10 9:33 AM
for everyone
Category:Other
DIINGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan... jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..
tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang panjang berjela... Adaanak-anak
yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang
panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita
terfikir.... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ..Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv,
dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex
tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem
hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang
tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ..Smoke....
Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden
jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....

4. .....Sport....
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama
berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun
perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak
sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga.... Kalau menonton di
rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..
sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita
lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah
majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk....
Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam
iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta... di hadapan bateri terpampang gadis sunti
separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan
perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi
bersorak lagi.....

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat?

Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut
diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi
macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah
McD, Kentucky, Pizza hut... dan seribu satu macam lagi.... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky.. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia...... tapi lebih cintakan ALLAH..... oleh itu,
jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan
Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah
Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan
spray keliling rumah

OK..cuba renung dan pikirkan, adakah yahudi ni dah berjaya ngan misi2 nya?
apakah protokol2 zionisme ini telah terlaksana dengan jayanya?
golongan yahudi hanya bberapa juta saje dalam dunia ni (xlebih dari 2juta)..
tetapi mengapa dorang ley mnguasai dunia??

petikan dari Quran:

Walan tardha an kal yahuda wan nasoro hatta tattabi'amillatahum

maksudnya: sesungguhnya tidak akan redha yahudi dan nasrani (kristian) ke atas kita selagi mana kita x ikut telunjuk mereka..

Sumber dari email

Menunjukkan catatan terbaru dengan label Tutorial Blog.Tunjukkan catatan yang lebih lama

Selasa, 2010 April 20

DAPATKAN KOD WARNA HTML


Kadang-kadang bila lihat blog kawan2, warnanya nampak mengancam je, apa kod warna html tu ye... Nak tau senang je. Anda boleh gunakan perisian colorpix. Halakan saja mouse anda pada warna yang anda suka dan lihat pada kotak HEX, kat situ anda boleh dapatkan kod warna HTMLnya. Kalau masih kurang jelas tekan MAGNIFIER dan lihat sediri kesannya, ia pasti dapat membantu anda.

Anda boleh dapatkan perisian ini secara percuma di sini.

Rabu, 2010 Januari 27

Cara Untuk Masukkan Kode Image/Gambar dalam Blog


Ini adalah sambungan kepada posting semalam tentang Photobucket.
Setelah anda upload Image/Gambar anda di Photobucket anda akan diberikan kode Direct Link image.

Contohnya:
http://i1022.photobucket.com/albums/af347/arazak73/TestingfotPhotobucket.png

Seterusnya apa yang anda harus lakukan adalah menambah sedikit kode , sehingga kode tadi menjadi seperti ini :


Contoh hasilnya akan seperti ini :


Untuk cara memasukan kode HTML kedalam blog anda boleh baca disini

Sebagai tambahan, kode HTML di atas adalah kode untuk menampilkan image/gambar dalam ukuran sebenar. Jika anda ingin membesar atau mengecilkan image/gambar tersebut, anda harus menambahkan beberapa atribut ke dalam kode HTML anda. Contoh : image/gambar tadi saya ingin paparkan dalam ukuran 100px X 40px , maka kodenya akan menjadi begini : 


alt="ini contoh saja"> 

Sedikit penerangan tentang kode diatas, kode width="..." untuk menentukan ukuran lebar image/gambar, jadi untuk membesar atau mengecilkan image, anda hanya perlu menambah atau mengurangkan nilainya. kode height="..." untuk menentukan ukuran tinggi image/gambar, anda hanya perlu menambah atau mengurangkan nilainya. Manakala alt="..." pula untuk memaparkan tulisan ketika mouse berada pada image tersebut. 

Sebagai contoh, hasil dari kode diatas adalah sebagai berikut,

ini contoh saja



Sekian, semoga memberi munafaat buat semua.      

Selasa, 2010 Januari 26

Apa Dan Bagaimana Menggunakan Photobucket?

Apa itu Photobucket?

Photobucket adalah image hosting, video hosting, pembuat slideshow dan webside berkongsi foto. Ditubuhkan pada 2003 oleh Alex Welch dan Darren Crystal dan menerima dana daripada Trinity Ventures.

Photobucket biasanya digunakan untuk album foto peribadi, tempat simpanan remote bagi pengguna ketika berforum di internet dan tempat simpanan video. Photobucket image hosting sering digunakan untuk eBay, MySpace, Facebook, LiveJournals dan lain-lain lagi. Pengguna boleh menyimpan album peribadi mereka berpassword dan hanya untuk teman rapat atau membuka laluan kepada semua pengguna. Ia menawarkan simpanan percuma 500MB (dikurangkan daripada 1GB pada 19 Ogos 2009). Gambar yang hendak diupload hendaklah lebih kecil dari 1 MB atau 1024x768 saiz (5 MB ataupun 2240x1680 untuk akaun berbayar).

Cara Upload gambar ke Photobucket?

Apabila kita hendak meletakkan gambar atau image kepunyaan kita ke dalam blog. Gambar atau Image tadi perlulah di upload ke blogger.com atau sebarang laman web lain. Sekarang saya ingin menceritakan tentang photobucket.


 Caranya begini:
  1. Pergi ke http://www.photobucket.com.
  2. Jika belum mendaftar di laman we ini, silahkan daftar dulu (percuma bro), klik butang Join Now pada sudut kanan atas layer. 
  3. Setelah itu Sign In dengan Id anda. 
  4. Bila sudah berada pada halaman Account anda, Klik butang yang bertuliskan Upload Image and Video. 
  5. Sila pilih logo yang anda buat tadi dan klik open.
  6. Tunggu beberapa saat untuk proses upload berjalan. 
  7. Setelah upload selesai, anda dapat lihat gambar serta kode HTML nya.
  8. Copy kode HTML yang ada di sebelah tulisan URL Link. Paste pada program notepad. Klik Log Out untuk keluar dari account anda.

Selasa, 2010 Januari 19

Bagaimana Memasang Background

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana hendak memasang background pada blog anda. Terdapat banyak background percuma di internet, antaranya yang ini. Caranya mudah saja, mula-mula klik di sini. Lepas itu;

  • Pilih background yang anda suka, anda boleh pilih background untuk dua kolum atau tiga kolum bergantung kepada blog anda.
  • Double klik pada background pilihan anda. Akan muncul satu halaman baru dengan gambar background pilihan anda berada bahagian atas. Turun ke bawah, cari perkataan Copy & Paste This Code. 
  • Anda boleh copy kod ini dan paste pada notepad atau terus saja buka tab baru dan Sign in ke Blogger.
  • Masukkan email dan password. Ini akan membawa anda ke laman Dashboard.
  • Pada blog yang anda ingin tukar background, klik Layout.
  • Ini akan membawa anda ke skrin 'Add and Arrange Page Elements'. Klik 'Add a Gadget', kalau ada lebih daripada satu 'Add Gadget' klik yang di sebelah kiri atau kanan. 
  • Anda akan dibawa ke skrin 'Add a Gadget'. Turun bawah dan cari 'HTML/JavaScript'. Klik pada tanda (+) yang berada disebelahnya.
  • Anda seterusnya akan dibawa ke skrin 'Configure HTML/JavaScript', di bawah perkataan 'Content' anda dapat lihat satu kotak besar. Paste keseluruhan kod yang anda copy tadi di sini.
  • Klik 'Save'.
Dan selesai.

Selamat mencuba.

Isnin, 2009 Disember 21

Cara Back-up Template

Buat back-up template atau save template kita memang penting. Manalah tau waktu tengah asyik adjust template kita tu tiba2 ada problem. Masa tu baru teringat... habis... apa2 pun nak back-up dulu.







Caranya macam ni;
  • Mula2 login masuk blogger.
  • Lepas tu... pilih Layout
  • Klik Edit HTML
  • Klik Download Full Template
  • Klik Save file
  • Klik OK
Untuk setiap Page Elements jangan lupa back-up juga. Contohnya kita ada letak Hit Counter, Banner, Welcome Note, Border dan lain2. Tapi yang ini tak payah buat selalu, sebab jarang kita buat perubahan. Cukup sekali kita buat back-up.

Caranya Begini;
  • Klik Page Elements.
  • Lihat pada bahagian Add Gadget, yang mana2 kita ada letak code HTML kena back-up.
  • Contoh, Hits counter.
  • Pada kotak Hits counter sebelah kanan, bawah klik Edit.
  • Copy Title dan paste kat Notepad
  • Copy Content dan paste kat Notepad yang sama.
  • Pada Notepad klik save.
Simpan baik2 dalam satu folder supaya lain kali kalau diperlukan kita boleh buat rujukan.

Sekian saja.

Jumaat, 2009 Disember 11

Komponen Template

Apa itu template?

Template adalah alat untuk membentuk tata letak tampilan blog yang standard. Apabila anda menukar template setiap laman atau kawasan dalam template akan berudah secara automatic. Template menyediakan kawalan tambahan yang standard kepada blog anda, semuanya bergantung kepada jenis yang anda gunakan.

Template Blogger terbahagi kepada lima bahagian utama........... 

Perhatian : Template yang dibincangkan adalah Son of Moto.

BAHAGIAN PERTAMA mengandungi pengistiharan bahasa XML:


strict.dtd">
xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' 
xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'>

Baris pertama adalah pengistiharan XML, iaitu mengenal pasti dokumen sebagai dokumen XML. Baris kedua adalah pengistiharan HTML. Baris ketiga adalah pengistihran XHTML dimana ia adalah XML versi daripada HTML. 

Bagaimana menampilkan kode HTML pada posting blog anda


Ini adalah tip bagaimana menampilkan kode HTML pada posting blog anda. Jika anda cuba menampilkan kod HTML pada posting blog anda, ianya tidak akan berjaya dan tidak akan dipaparkan. Ini adalah kerana browsers akan terlebih dahulu memproses kod-kod tersebut dan tidak menayangkannya.

Berikut adalah caranya:
Gantikan < (i.e. less than sign) dengan <
Gantikan > (i.e. greater than sign) dengan >
Gantikan " (i.e. quote mark) dengan "

Tetapi terdapat juga kaedah lain yang lebih pantas dan mudah. Anda boleh gunakan encode kod HTML dengan menggunakan Encode/Decode HTMLtool. Anda hanya perlu cut and paste kod anda dan "encode". Lepas tu copy kan kod tersebut dalam blog post anda. 














Khamis, 2009 November 19

Edit Gambar Untuk Letak Kat Blog

Kapada sahabat yang bertanya bagaimana nak edit gambar macam kat posting di bawah tu anda boleh lawat posting saya yang bertajaukMengambil Gambar Screen Display Anda disini.

Semoga happy selalu, selamat mencuba.

Khamis, 2009 November 05

BAGAIMANA MEMBUAT NAVBAR AUTO HIDE


NavBar adalah menu yang berada dibahagian atas blog anda. Ia tampak seperti menganggu blog anda. Jadi disini disediakan satu kaedah dimana kita boleh membuat Auto Hide. Iaitu Navbar tadi tidak akan kelihatan, ia hanya akan kelihatan apabila diarahkan anak panah tetikus kita ketempat dimana NavBar itu berada.  

Kaedah ini tidak berhasil jika kita menggunakan Internet Explorer tetapi berfungsi dengan baik sekiranya anda menggunakan browser lain. 

Di bawah adalah langkah2 untuk menbuat NavBar anda AUTO HIDE.

1.    Login blogger dengan ID anda
2.    klik Layout
3.    klik tab EDIT HTML
4.    klik Download Full template. ***Penting Back up template anda dahulu.
5.    Cari code yang sama seperti kod dibawah, beri tumpuan pada kod body:
6.    body {
7.    background: #8F8E8E;
8.    width: 100%;
9.    color: #000000;
10.    font-size: 12px;
11.    font-family: Arial, Tahoma, Verdana;
12.    margin: 0px auto 0px;
13.    padding: 0px;
}
14.    Copy dan paste kod berikut pada bahagian atas sebelum body  {....} :
15.    #navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}
#navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100, 
FinishedOpacity=100)}
16.    klik SAVE TEMPLATE
17.    Selesai dan sekarang NavBar anda adalah AUTO HIDE.

Selamat mencuba..

Selasa, 2009 September 08

Belajar bagaimana membuat Blog dengan Blogspot

Sebenarnya tutorial membuat blog ini saya ambil daripada blog "Dunia Sementara Akhirat Selamanya // nexlaip. Walaupun gambarnya kurang jelas tetapi ianya mudah difahami.
Terima kasih nexlaip.

Selamat mencuba.

Cara mudah membuat Blog dengan Blogspot

Postingan kali ini adalah tentang bagaimana membuat Blog dengan Blogspot. Bukan berarti saya adalah ahli dalam masalah Blog, tetapi saya hanya ingin berbagi/sharing ilmu pengetahuan yang saya miliki meskipun hanya sedikit. Semoga yang sedikit ini bermanfaat.

Khamis, 2009 Julai 16

Bagaimana memasukkan kod HTML ke dalam Blog anda?

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasukkan kod HTML kedalam blog anda.
  1. Daftar akaun dengan pembekal perkhidmatan yang ingin anda gunakan. Anda boleh gunakan enjin pencari seperti google untuk mencari “free online counters”. Ada banyak yang boleh anda jumpa disana seperti http://basicstat.com/,http://www.freehitscounters.org/, dan lain-lain.
  2. Pilih bentuk “counter” yang anda suka.
    Copy kod HTML yang diberikan.
  3. Daftar masuk ke Blogger Dashboard (taip www.blogger.com, masukan email dan password).
  4. Tekan “Layout” dalam blog yang ingin anda ubahsuai.
  5. Tekan “Add Gadget” pada muka surat anda (side bar/bottom dll).
    Kemudian akan keluar muka surat pilihan, sila pilih “HTML/JavaScript” dan tekan tanda (+) di bahagian tepi.
  6. Masukkan “TITLE” jika anda ingin berikan sebarang nama kepada gadget anda.
  7. Tampal kod HTML tadi ke dalam ruang “CONTENT”.
    Jika anda mahu anda boleh “drag and drop” gadget anda tadi ke tempat berbeza dalam blog anda.
  8. Tekan “PREVIEW” di muka surat atas.
  9. Jika anda suka dengan apa yang anda lihat tekan “SAVE”.
  10. Tahniah, anda telah berjaya memasukkan kod HTML ke dalam Blog anda.