Rabu, 22 Julai 2009

MODEL PROGRAM jQAF

Model Program
Ditulis oleh Pentadbir Web
Thursday, 16 April 2009

Model-model program J-QAF

Lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut :

1. Model Khas Pemulihan Jawi

2. Model 6 bulan Khatam Al-Quran

3. Model Tasmik

4. Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi

5. Model Bestari Solat

PENJADUALAN jQAF

Penjadualan-jqaf
Ditulis oleh Pentadbir Web
Thursday, 16 April 2009

Penjadualan

· kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1 Jawi diajar selama 2 seminggu. Selepas itu ia diajar selama 1waktu seminggu.

· Model 6 bulan Khatam Al-Quran akan menggunakan waktu Pendidikan Islam sebanyak 4 waktu dalam tempoh 6 bulan pertama waktu persekolahan. Pada masa yang sama murid yang belum menguasai bacaan Al-Quran akan membaca dengan bimbingan guru dan meneruskan kaedah IQRA’. Pada 6 bulan kedua, asuhan Tilawah Al-Quran menggunakan 3 waktu untuk tahun 1 dan 2 waktu untuk tahun 2 hingga 6.

· Model Tasmik Al-Quran dilkasankan di luar waktu persekolahan dengan bimbingan guru J-QAF, guru Pendidikan Islam dan guru-guru lain yang berkelayakan dengan persetujuan pihak pentadbir sekolah. Bacaan murid akan direkod oleh guru di dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

· Model Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di SK pada masa ini, iaitu selama 2 waktu seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata Pelajaran Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi.

· Model Bestari Solat akan dilaksanakan luar jadual waktu persekolahan. Ia akan dilaksanakan 4 kali setahun.

KURSUS KHAS GURU BAHASA ARAB

Kursus khas guru Bahasa Arab
Bulan lalu satu memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pelajaran Oman telah berlangsung dengan jayanya di negara teluk tersebut.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Hussein dan rakan sejawatannya dari Oman. Ia disaksikan beberapa orang pegawai tinggi kementerian berkenaan daripada kedua-dua negara.

Antara MoU tersebut adalah perjanjian usahasama antara kedua negara dalam meninggikan mutu pendidikan di negara masing-masing. Negara yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu akan membantu negara lain yang tidak memiliki kepakaran tersebut.

Dalam hal ini, Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan dan pentadbiran dalam bidang pendidikan akan membantu Oman semaksimum mungkin. Bagi Oman pula, mereka akan membantu Malaysia dalam meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Arab di kalangan guru dan pelajar Malaysia.

Perjanjian antara kedua-dua pihak ini dijangka memberikan pulangan yang berlipat kali ganda kepada kedua-dua pihak. Memang tidak dinafikan juga, perjanjian serupa ini memang ditunggu-tunggu oleh warga pendidik terutamanya guru dan pelajar yang mengikuti kelas Bahasa Arab.

Sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan yang tersenarai dalam Directory of Expert KPM dalam bidang Bahasa Arab sejak 2007, penulis teruja menyatakan pandangan. Ia boleh dianggap sebagai pendapat dalam meningkatkan lagi mutu Bahasa Arab di kalangan guru sekolah dan para pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Secara umumnya, tahap penguasaan Bahasa Arab di kalangan guru dan pensyarah IPG berada di tahap yang baik. Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu ditingkatkan jika kita ingin melihat kualiti guru dan pensyarah Bahasa Arab mencapai tahap yang dibanggakan seperti yang diuar-uarkan bertaraf dunia.

Antara kepakaran Bahasa Arab yang ditagih daripada Oman ialah kepakaran dalam ilmu-ilmu berkaitan Bahasa Arab dan ilmu pedagogi yang paling sesuai digunakan dalam membantu para pelajar Malaysia belajar dan menguasai bahasa tersebut.

Antara cadangan yang dikemukakan ialah menghantar guru-guru Bahasa Arab mengikuti kursus jangka pendek selama sebulan, tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan dan setahun di sana. Guru yang memerlukan kursus tersebut ialah guru j-QAF (jawi-Quran-Arab- Fardu Ain) di sekolah rendah, guru sekolah menengah dan pensyarah IPG.

Dalam hal ini, fokus harus ditumpukan kepada guru-guru j-QAF kerana mereka yang mengajar pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Mereka bertanggungjawab mengajar asas-asas bahasa al-Quran ini kepada para pelajar yang baru mula belajar.

Walau bagaimanapun, sebelum menghantar guru-guru j-QAF ke sana, ada baiknya para pensyarah Bahasa Arab di IPG dihantar terlebih dahulu. Ini kerana mereka adalah yang bertanggungjawab mengajar guru-guru j-QAF. Setakat ini, sebaik sahaja guru-guru j-QAF mendaftar di IPG pada Januari mereka dihantar ke sekolah-sekolah rendah di seluruh negara pada minggu ketiga. Mereka akan mengikuti kelas di IPG pada musim cuti semester. Tempoh pengajian mereka adalah selama setahun setengah.

Dengan kata lain, warga pendidik sangat mengalu-alukan penghantaran tenaga pengajar Bahasa Arab ke sana. Kaedah pemilihan penghantaran mungkin boleh diperhalusi dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada soal kewangan dan mutu hasilnya nanti berbaloi dengan kos yang dikeluarkan.

Pelbagai cara mungkin boleh dilaksanakan. Antaranya, menghantar para pensyarah IPG dahulu dan diikuti oleh guru j-QAF di sekolah rendah dan guru di sekolah menengah. Cara yang lain pula ialah menghantar wakil ketiga-tiga tenaga pengajar tersebut secara berperingkat-peringkat.

Contohnya kumpulan pertama terdiri daripada 27 pensyarah IPG (setiap IPG seorang wakil), 14 guru j-QAF dan 14 guru sekolah menengah (setiap negeri seorang wakil).

Kumpulan kedua dan seterusnya akan menyusul kemudian. Ini bererti, setiap pensyarah dan guru yang layak berpeluang mengikuti kursus tersebut mengikut giliran masing-masing. Kaedah ini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh pihak kementerian sendiri dalam penghantaran guru-guru Bahasa Perancis ke negara Eropah tersebut mengikut giliran. Oleh itu, kaedah sama mungkin boleh dipraktikkan untuk program Bahasa Arab.

Impak
Berdasarkan pengalaman penulis, kursus pendek anjuran negara Arab biasanya memberi impak yang besar terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Sebagai contoh, penulis pernah mengikuti kursus guru pakar Bahasa Arab anjuran bersama ISESCO, United Nation dan KPM pada 1 hingga 25 Julai 1992. Ketika itu penulis baru berkhidmat dua bulan di SMK Agama Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Walaupun kursus itu hanya 25 hari tetapi kesannya cukup mendalam bagi penulis. Kursus tersebut dikendalikan oleh tiga orang pakar pendidikan Bahasa Arab dalam bidang masing-masing.

Mereka berpengalaman luas mengajar bukan Arab di pelbagai negara sama ada di Afrika, Eropah mahupun di Asia. Dalam kursus tersebut, peserta didedahkan kepada pelbagai teknik mudah untuk belajar dan mengajar bahasa tersebut.

Berkat tunjuk ajar daripada para pengendali kursus yang bertaraf profesor itu, kini penulis yakin bahawa Bahasa Arab tidaklah sesukar seperti yang digembar-gemburkan. Bahasa Arab bukan sahaja senang, malah ia adalah bahasa paling senang dipelajari dan paling mudah diajarkan.

Untuk itu, seseorang yang ingin belajar dengan mudah perlu mengikuti kursus teknik mudah belajar. Bagi guru yang ingin mengajar dengan berkesan perlu menyertai kursus teknik mudah mengajar berkesan.

Dalam hal ini, jika pihak kementerian sanggup memberi peruntukan menghantar para guru ke sana, maka para guru yang dihantar juga perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dan dapat membalasnya dengan hasil inovasi sesuai dengan kos yang dibelanjakan.

Dengan kata lain, guru yang yang dihantar ke luar negara bukanlah yang terbaik tetapi bernasib baik. Mereka dihantar ke sana dengan menggunakan wang rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sehubungan itu, ilmu dan pengalaman mereka perlu dikongsi bersama dengan rakyat yang tidak berpeluang ke sana.

Cara yang paling berkesan ialah mereka perlu mengadakan kursus kepada rakan-rakan mereka sejurus pulang dari luar negara.

Sebagai contoh yang boleh dijadikan tauladan ialah langkah pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang menetapkan agar mana-mana pegawai yang ke luar negara menggunakan peruntukan kerajaan dikehendaki mengadakan kursus khas kepada mereka yang berkenaan secepat mungkin.

Ini termasuklah mesyuarat, seminar, lawatan, membentang kertas kerja dan lain-lain lagi. Dalam konteks ini, penulis juga tidak terkecuali. Setelah diberi peluang menyertai dan membentang kertas kerja berkaitan Kurikulum Bahasa Arab di seminar antarabangsa di luar negara, penulis perlu berkongsi pengalaman dengan mengendalikan kursus khas kepada yang terlibat.

Sehubungan itu, insya-Allah satu kursus teknik mudah belajar dan mengajar Bahasa Arab akan diadakan pada 11 hingga 14 Ogos ini di sebuah hotel di Melaka. Para peserta terdiri daripada guru-guru sekolah dan para pensyarah IPG dari seluruh negara.

PANDUAN KECEMERLANGAN HIDUP

Panduan Kecemerlangan Hidup

1:Jangan abaikan kesihatan anda.

2:Jangan biarkan emosi menguasai diri anda.Jangan mudah bersedih,ataupun mudah sangat gembira.Lalui hidup anda dengan tenang tetapi ceria.

3:Makan makanan yang seimbang.Ambillah tablet2 multivitamin untuk seimbangkan diet.

4:Tidurlah dengan cukup.Kekurangan tidur boleh menyebabkan ketegangan saraf dan mengganggu kprihatinan.

5:Cubalah bertenang dalam apa jua keadaan sekalipun,gopoh hanya akan membawa kepada kelam kabut dan bertindak terburu-buru.Dalam kegopohan 95% kepintaran telah hilang dan 3% peratus menyumbang kepada keputusan yang salah.2% lagi adalah kekalahan sebelum berjuang.

6:Bersenam sedaya anda,yang penting setiap anggota tubuh dapat digerakkan.

7:Dalam sehari cuba tarik nafas dalam-dalam di tempat-tempat anda yakini lebih segar dan lebih bersih udaranya.

8:Jangan marah-marah.

9:Jangan jadi pengkritik yang tidak berasas.

10:Kurangkan membaca buku berkaitan penyakit dan kegagalan.

11:Layani diri anda sebagaimana anda melayani tempat ibadah.

12:Yakini hidup anda dan berikan peluang minda bekerja untuk anda dengan selesa,tenang,bahagia dan ceria.

p/s:Berpeganglah pada ajaran al-quran dan sunnah,insyaAllah lebih cemerlang,bukan sahaja dunia,malah akhirat lebih utama.


PETIKAN:
MOTIVASI MINDA,MEMBINA JATIDIRI GEMILANG
Dr HM Tuah Iskandar al-haj

Selasa, 21 Julai 2009

TERTARIK DENGAN ISLAM SELEPAS MENGKAJI KEBENARAN ISLAM

TERTARIK DENGAN ISLAM SELEPAS MENGKAJI KEBENARAN ISLAM




DALAM pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru Amerika Syarikat (AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya turut menjadi perhatian ramai!
Menerusi laman Ensiklopedia Wikipedia, Obama dikatakan seorang penganut Kristian Protestan, pegangan yang terhasil di usia dewasa setelah melewati pelbagai evolusi agama dalam hidupnya sebelum ini. (Beliau dibaptiskan di Trinity United Church of Christ pada tahun 1988 dan sejak itu selama hampir dua dekad lamanya, Obama merupakan ahli gereja yang aktif).

Walaupun mempercayai dan seterusnya memeluk Kristian secara rasmi, namun kedudukan Obama itu adalah jauh lebih baik berbanding ibu bapanya sendiri. Ini apabila bapanya, Barack Obama Sr yang asalnya beragama Islam bertukar menjadi ateis (namun jenazahnya sempurna dikebumikan secara Islam ketika meninggal dunia pada 1982) apabila berkahwin dengan ibu Obama, Ann Dunham yang dipercayai juga seorang yang ateis.
Menyebut mengenai ibunya itu yang turut banyak memberikan pengaruh besar dalam hidupnya walaupun Presiden AS ini lebih dibesarkan oleh neneknya, Medelyn Dunham, Obama berkata, beliau mendapat inspirasi dalam hal ehwal agama daripadanya ibunya yang menganggap agama sebagai ekspresi manusia. Ibunya meletakkan agama dan identiti agama itu hanya sebuah fenomena dan apa yang penting dalam agama serta identiti agama adalah mengejar hakikatnya.

"Perbahasan yang rasional dan kritikal jauh lebih penting daripada sekadar mematuhi ajaran dan perintah suci agama. Islam, Kristian, Buddha dan agama-agama lainnya hanyalah dianggap sebagai satu jalan menuju hakikat kebenaran," katanya.
Mujur tanggapan si ibu hanya memberikan satu pengetahuan kepada Obama dari langsung menyebabkan si anak dari turut mengikut jejak langkah si ibu itu.
Namun mari kita bandingkan dengan seorang anak muda dari Pasadena, AS, Micheal David Shapiro. Beliau mungkin turut mempercayai ateis tetapi tidak seperti ibu Obama, dia berjaya membuktikan bahawa agama tidak sekadar mematuhi ajaran dan segala perintah-perintah yang suci.

"Saya mula bertanya pada diri sendiri mengenai jumlah tuhan yang perlu saya percaya. Namun saya tidak mampu untuk mempercayai lebih dari satu tuhan. Tuhan yang dibahagikan kepada dua atau lebih lazimnya lemah berbanding tuhan yang satu. Jika 'seorang' tuhan tidak setuju dengan tuhan yang lain, tentu akan membangkitkan pergaduhan di antara tuhan-tuhan ini. Jadi saya percaya manusia hanya boleh percaya kepada satu tuhan sahaja," katanya.
Begitu pun bagi bertindak adil, Michael memberi peluang kepada dirinya untuk mencari kelebihan apabila menjadi seorang yang ateis.
"Tetapi saya menyedari sepenuhnya setiap penciptaan mesti ada yang menciptanya. Jika tuhan itu tidak wujud, mustahil bumi, alam semesta dan segala yang terkandung di dalamnya wujud. Jadi, benarlah tuhan itu mesti wujud. Namun percaya sahaja tidak cukup kerana saya perlu mengenali tuhan tetapi di mana saya harus bermula kerana terdapat 'beribu-ribu' tuhan yang wujud seperti yang didakwa oleh pelbagai pengikut," katanya.





Oleh kerana Michael mempercayai Tuhan Yang Satu, lalu beliau menyenarai pendek kepada agama yang percaya hanya pada satu tuhan atau monotheistic.
"Ini menjadi usaha saya lebih mudah," katanya.
Micheal tidak perlu untuk mengkaji agama Buddha dan Hindu disebabkan kedua-dua agama ini merupakan kepercayaan polytheistic atau berbilang tuhan yang dinampakkan dalam bentuk berhala. Maka agama yang percaya kepada ketuhanan yang satu yang perlu dikaji oleh Micheal ialah Yahudi, Kristian dan Islam. Lalu beliau bermula dengan agama Yahudi sementelah beliau sendiri dilahirkan sebagai Yahudi, iaitu percaya kepada satu tuhan, beberapa orang nabi dan 10 Rukun (Commandments) , Kitab Taurat dan Jiwa Yahudi.
"Jiwa yang Yahudi? Apabila saya mengkaji frasa ini, saya menemukan ayat yang menyebut; 'Jika anda dilahirkan sebagai Yahudi maka anda mesti mempunyai jiwa seorang Yahudi dan mesti mematuhi segala keyahudian (Judaism) yang ada'. Kenyataan ini membuatkan saya sangat terkejut, tidakkah ini satu diskriminasi? ! Agama ini tidak bersifat universal. Jadi tuhan ciptakan Jiwa Yahudi, Jiwa Kristian dan Jiwa Islam? Setahu saya tuhan ciptakan manusia sama rata tanpa ada sebarang darjat yang memisahkan antara satu sama lain. Oleh kerana dia dilahirkan dalam sesuatu agama, maka tuhan meletakkan dekri yang dia mesti kekal pada sesuatu agama itu walaupun si penganut itu tahu ada sesuatu yang palsu mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya," soalnya.
Ini menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun telah dilahirkan sebagai Yahudi.

"Seperkara lagi persoalan mengenai neraka juga tidak dibincangkan secara serius dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan kebaikan, dan apa salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan dengan hukuman yang tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang baik," kata Micheal.
Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian.
"Pada mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila diulang kali membacanya, satu tuhan yang terdiri bapa tuhan, anak tuhan dan Ruhul Kudus, bagaimana ini dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga unsur ini merupakan Tuhan yang Satu. 1+1+1=3, betul? Saya masih memberi peluang dengan mendapatkan sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep Triniti ini, namun setelah banyak melakukan analogi sekali pun, konsep ini tidak dapat saya terima, akal saya tidak mampu untuk menerimanya, " katanya.

Begitupun Micheal mengharapkan logik pada doktrin Kristian yang lain. Ini termasuklah Nabi Isa a.s mati kerana dosa-dosa kesemua pengikutnya.
"Baginda melakukan ini disebabkan kita semua diselubungi Dosa Warisan (Original Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak tuhan, jadi dia sanggup mati disalib bagi menyelamatkan orang lain dari neraka dan menyelamatkan dari dosa yang ditinggalkan oleh Nabi Adam. Jadi, kita semua ini dilahirkan sebagai seorang yang berdosa termasuklah bayi yang baru berusia setahun sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik, dek kerana perbuatan seorang manusia, seluruh manusia yang lain perlu menanggungnya, " kata Micheal.

Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda 'menyeru kepada kasih sayang sesama umat'.
"Tetapi mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih ketika hendak disalib sambil berkata; Bapa, tidakkah Kau mengampuniku? Jadi adakah ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh dengan kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya dibunuh," katanya.
Ini membuatkan Kristian juga tidak ada tempat di hati Micheal. Lalu apakah ajaran yang seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan segala kebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima oleh akal yang logik?!
"Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. Tidak ada pada agama itu yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. Kitab suci al-Quran itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk semua zaman dan masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan) . Banyak bukti saintifik ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu ditemui sejak 1,400 tahun dahulu. Tetapi adakah agama ini bersifat sejagat, agama untuk semua tetapi yang lebih menghairankan Islam dinyatakan untuk semua tanpa memilih kaum, bangsa, warna kulit, bahasa dan asal usul manusia. Namun lebih menghairankan nama agama itu sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali dalam al-Quran. Jadi benarlah Islam satu agama," tambahnya.
Kata Micheal, dia tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada disebutkan dalam kitab Taurat mahupun agama Kristian dalam kitab Injil sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama kecuali manusia itu sendiri yang memberikan nama-nama itu, bukan tuhan. Tidak perlu lama bagi Micheal untuk mempercayai agama mana yang layak untuk dianuti. Setelah terjawab segala persoalan maka tanpa ragu anak muda ini memeluk Islam dan selamanya beliau tetap yakin pada Islam setelah 'berkenalan' dengan apa juga yang didakwa sebagai agama!...

Persoalan yang ingin saya timbulkan ialah,kadang-kadang kita sukar untuk mencari ketinggian islam yang sebenar,mungkin kerana kita tidak melakukan kajian seperti micheal,mungkin juga kerana kita dah dilahirkan sebagai orang islam.Saya mengakui kita jarang bersyukur dengan islam kerana kita memperolehi islam dengan mudah iaitu melalui keturunan nenek moyang kita dan sebagainya...tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak mencari ketinggian dan kemulian islam!!mulai saat ini kita mesti mencari gali sebanyak mungkin ilmu-ilmu islam,segala kebenaran islam mesti kita pancarkan dalam kehidupan kita.Jgn leka dan lalai kerana musuh-musuh islam sentiasa memerhati dimana kelemahan umat islam sekarang.Kita mesti mempersiapkan segala ilmu,jati diri,kekuatan rohani dan jasmani dan semua aspek seandainya kita mengaku bahawa kita SAYANG ISLAM!!!

ANGKARA MENGEJEK NERAKA ALLAH

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata..

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu
dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi
uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai
orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis
lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan
hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak
mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih
teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si
gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi
cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam
seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut
juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik
saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar
ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

BACALAH AL-QURAN


Bacalah Al-Quran!!

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat manakala dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)."
(HR. Muslim)