Khamis, 30 Julai 2009

ANDAI KITA BERGELAR GURU

Andai kita bergelar guru
Jangan jemu ilmu diburu

Jika berhasrat jadi pendidik
Bukan sekadar tugas dikelek

Jangan guru asyik berangan
Tekun gigih jadikan pegangan

Jika mendidik sambil lewa
Tidak hairan nanti kecewa

Masa melebihi emas dan wang
Walau sedikit jangan kita buang

Banyak membaca fikiran kaya
Rajin berusaha insyaAllah berjaya

Adalah tanda pendidik sejati
Lidahnya lunak pantang meninggi

Adalah tanda pendidik terbilang
sopan santun menghadapi orang

Adalah tanda pendidik bertuah
sombong menyombong biar tak pernah

Adalah tanda pendidik beradat
hati rendah mensyukuri nikmat

Rabu, 29 Julai 2009

GURU jQAF




Ahad, 26 Julai 2009

AKTIVITI TAHUNAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

CONTOH AKTIVITI TAHUNAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

ILMU PENDIDIKAN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA WARGA J QAF

ILMU PENDIDIKAN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA WARGA J QAF ( siri 1)
Salam,

Ilmu pendidikan yang memberi ruang penyelidikan berbentuk teori amat membantu para guru jqaf dalam usaha meningkatkan usaha celik Al Quran dan Jawi. Teori biasanya diilhamkan melalui pemerhatian atau observation, eksperimen dan melalui pengujian dan penilaian.

Dalam usaha menangani masalah atau situasi yang boleh menghalang sesuatu objektif itu dapat dicapai secara berkesan, guru boleh menggunakan kaedah penyelidikan tindakan. Apakah yang dimaksudkan penyelidikan tindakan itu?

Sebagai contoh guru mendapati murid-murid amat sukar menghafal doa iftitah. Situasi ini berlanjutan sehingga menjejaskan kelancaran Kem Solat dan ujian yang dijalankan samada secara bertulis ataupun amali. Guru cuba mencari langakah penyelesaian dengan mempermudahkan doa tersebut iaitu dalam bentuk nasyid. Hasilnya hampir kesemua murid dapat menghafal doa iftitah dengan baik.

Untuk melaksanakan penyelidikan ini guru perlu melalui beberapa peringkat berbentuk gelung.

Menurut Kemmis & McNiff ianya mempunyai 5 peringkat iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Laidlaw pula menyatakan ada 6 peringkat iaitu seperti berikut.

1- KENAL PASTI SITUASI
2 – MERANCANG TINDAKAN
3 – MELAKSANA TINDAKAN
4- MEMERHATI TINDAKAN
5 – REFLEKSI ATAS TINDAKAN
6- MENGUBAHSUAI TINDAKAN
Sebagai contoh dilampirkan esei mengenai penyelidikan tindakan.
Penyelidikan Tindakan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Keprofesionalan seorang guru itu dilihat bukan sahaja melalui ketrampilan dan komitmen pada setiap tugas yang disandarkan ke atas bahunya, malah ianya dapat dihuraikan melalui cara sesuatu tugas tersebut dilaksana dan diaplikasikan. Bertitik tolak dari huraian tersebut guru perlulah mempunyai perancangan yang teliti dan sistematik agar tugas yang telah dilaksanakan membuahkan hasil yang memberangsangkan dan efisyen.

Melalui penyelidikan tindakan seseorang guru dapat melaksanakan proses kajian berbentuk minor dimana guru menjadikan pengalaman proses pengajaran dan pembelajaran sebagai bahan kajian . Seperti yang telah diketahui bahawa penyelidikan dibuat atas dasar masalah dan situasi yang dihadapi oleh seseorang penyelidik untuk mencari penyelesaian atau sekurang-kurangnya sedikit sebanyak mampu menyelesaikan sebahagian kecil daripada masalah yang di hadapi oleh penyelidik tersebut.

Penyelidikan tindakan mampu membantu seorang guru untuk memberikan hasil yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran disamping memberikan motivasi yang besar impaknya melalui pengalaman yang dilalui oleh guru tersebut.
Menyedari hakikat ini , saya telah membuat sebuah penyelidikan tindakan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran saya. Langkah-langkah yang saya ambil adalah seperti berikut:

1) KENAL PASTI SITUASI / MASALAH
Saya mendapati murid- murid tidak dapat mengingat Rukun Iman dengan sempurna. Bukan itu saja malahan tidak dapat menghafal rukun tersebut mengikut turutan yang dikehendaki. Saya merasakan bahawa perkara-perkara asas dalam mata pelajaran Pendidikan Islam ini perlulah dititik beratkan memandangkan ianya merupakan dasar yang tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian.

2) MERANCANG
Saya pernah membaca dalam beberapa buku pendidikan mengenai kecerdasan pelbagai yang menyatakan bahawa kanak-kanak lebih suka belajar melalui kaedah imaginasi dan keseronokan . Saya merancang untuk megubah hafalan tersebut kepada bentuk lagu. Saya memilih lagu

‘ Tanya Sama Pokok’ untuk diubahsuai kepada Rukun Iman mengikut turutan.
Berikut adalah contoh lagu tersebut:

Rukun iman ada enamlah perkara
Beriman pada Allah dan Malaikatnya
Beriman pada rasul dan kitab-kitabnya
Percaya hari kiamat, qada’ dan qadar.

(ikut rentak lagu ‘Tanya Sama Pokok’ nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Saloma).
3) MELAKSANAKAN TINDAKAN
Saya melaksanakan aktiviti nyanyian tersebut melalui lirik yang telah diubah suai dalam proses pengajaran saya. Saya menyediakan lirik lagu tersebut dengan menulis di atas kertas manila dan mengarahkan murid-murid untuk menulisnya dalam buku latihan. Murid akhirnya diminta untuk menyanyikan lagu tersebut secara beramai- ramai, berkumpulan dan individu.

4) MEMERHATIKAN TINDAKAN
Guru memerhatikan tindakan dan mencatatkan hasil tindakan dalam borang pencapaian yang telah disediakan. Borang yag telah disediakan mengambil kira respon murid tersebut sebelum, semasa dan selepas kajian tersebut dijalankan. Berikut adalah contoh borang pencapaian sebelum dan selepas tindakan djalankan.

5) REFLEKSI
Melalui borang yang telah digunakan, saya telah menulis sebuah laporan refleksi. Melalui pemerhatian dan penyelidikan berbentuk minor ini saya mendapati bahawa murid-murid berpotensi untuk menghafal ‘rukun iman’ dengan baik dan mengikut turutan. Saya amat berpuas hati dengan pencapaian murid-murid dalam proses ini.

6) MENGUBAHSUAI
Melalui nyanyian tersebut saya mengubahsuai penghafalan kepada bentuk pengajaran biasa. Murid diminta menyempurnakan latihan berbentuk mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dan mengikut turutan. Contoh latihan tersebut adalah seperti berikut:

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul dan mengikut turutan.
Rukun iman ada 6 perkara iaitu:
1) percaya kepada ____________
2) percaya kepada ____________
3) percaya kepada ____________
4) percaya kepada ____________
5) percaya kepada ____________
6) percaya kepada ____________

‘ 1) MENGENAL PASTI SITUASI / MASALAH
Murid tidak dapat menghafal rukun iman dengan baik dan megikut turutan

2) MERANCANG
Mengubah hafalan biasa kepada bentuk nyanyian

3) MELAKSANAKAN TINDAKAN
Guru melaksanakan pengubahsuaian kepada lirik nyanyian

4) MEMERHATI KAN TINDAKAN
Guru memerhatikan tindakan dan mencatatkan dalam borang pencapaian.

5) REFLEKSI
Guru membuat laporan refleksi melalui borang pencapaian & pemerhatian

6) MENGUBAH SUAI
Guru mengubah suai nyanyian kepada bentuk formal.

Rabu, 22 Julai 2009

jQAF : KEMENTERIAN CARI GRADUAN MESIR


KEMENTERIAN Pelajaran ke Mesir untuk mendapatkan calon-calon guru bagi Program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-Qaf).

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Datuk Abdullah Abdul Kadir berkata, calon-calon yang akan dipilih merupakan pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di negara berkenaan.

``Beberapa pegawai kita akan ke Mesir bagi memberi penjelasan mengenai kriteria yang tepat untuk pemilihan guru-guru j-Qaf,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
ABDULLAH ABDUL KADIR



Menurut beliau, tumpuan akan diberikan kepada pelajar yang berminat untuk menjadi guru bahasa Arab dan Al-Quran.

Pemilihan pelajar di Mesir perlu dilakukan memandangkan pelajar tempatan tidak mempunyai penguasaan yang tinggi dalam bahasa Arab dan Al-Quran.

``Daripada ujian yang kita lakukan kebanyakan graduan tempatan yang memohon walaupun mempunyai kemahiran dalam bahasa Arab tetapi tidak mampu menulis dengan baik malah ada yang menjawab menggunakan bahasa Melayu,'' katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, kementerian tetap menawarkan jawatan guru-guru j-Qaf kepada graduan tempatan tetapi dalam pengkhususan yang lain.

Menurut beliau, calon guru daripada pelajar luar negara perlu dilakukan memandangkan kerajaan memerlukan khidmat kira-kira 3,000 guru setahun bagi mengendalikan kelas j-Qaf.

Pengambilan pertama guru j-Qaf telah pun dibuat pada awal Januari lalu berjumlah 3,663 orang bagi 1,221 sekolah di seluruh negara.

Ini susulan fasa pertama projek rintis bermula 24 April tahun lalu melibatkan 30 buah sekolah seluruh negara manakala fasa kedua melibatkan dua buah sekolah di Wilayah Persekutuan.

Program j-Qaf di sekolah rendah seluruh negara merupakan pendekatan baru dalam menerapkan pengetahuan Islam melalui jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain.

Ia juga bertujuan memperkasa Pendidikan Islam melalui menggunakan kurikulum, model dan modulnya yang tersendiri.

Guru-guru dilatih khusus bagi tujuan pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengkayaan dan penghayatan murid.

Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

Model-model j-Qaf yang dilaksanakan adalah Model Kelas Pemulihan Jawi, Model Enam Bulan Khatam al-Quran, Model Tasmik Khatam al-Quran, Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari Solat.

Model-Model tersebut mempunyai kurikulum dan modul yang disediakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Japim) Kementerian Pelajaran.

OBJEKTIF jQAF

Objektif-jqaf
Ditulis oleh Pentadbir Web
Thursday, 16 April 2009

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat :

1. Menguasai bacaan dan tulisan Jawi

2. Khatam Al-Quran

3. Menguasai Bahasa Arab dan

4. Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

MODEL PROGRAM jQAF

Model Program
Ditulis oleh Pentadbir Web
Thursday, 16 April 2009

Model-model program J-QAF

Lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut :

1. Model Khas Pemulihan Jawi

2. Model 6 bulan Khatam Al-Quran

3. Model Tasmik

4. Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi

5. Model Bestari Solat