Isnin, 10 Mei 2010

KAMUS BERSUARA MD800


Kamus Bersuara MD800

By: 

Kamus Arab Bersuara di Kelantan

   29-01-2010
Categories: 
Kamus Bersuara MD800 from Kamus Arab Bersuara di Kelantan
Kandungan kamus-kamus yang bermutu:
  • Kamus Oxford Fajar Advance Learner’s Inggeris-Melayu
  • Kamus Arab-Melayu & Melayu Arab
  • Ensiklopedia Britannica
  • Kamus Sebelas Bahasa
  • Kamus Animasi
  • Kamus Inggeris-Melayu Dewan
  • Kamus Dewan Edisi Keempat
  • Kamus Sains & Matematik
  • Kamus Perdana Melayu-Inggeris
Kesemua isi kandungan kamus dapat bersuara, sebutan yang tepat membantu anda mempelajari sebutan-sebutan bahasa Inggeris dan bahasa asing dengan lebih lancar.

Untuk Maklumat lanjut, silalah hubungi kami. Terima Kasih!

Besta perkenal kamus bersuara Arab-Melayu


Kamus elektronik Besta yang memuatkan kamus bersuara Arab-Melayu yang pertama di dunia dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini baru-baru ini.
Kamus itu dikeluarkan oleh Amiux (M) Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada 2005 dan sehingga kini Besta terus menerajui pasaran dengan kelahiran pelbagai model baharu untuk memenuhi keperluan semasa pengguna.
Pengurus Jualannya, Yap Wee Yik berkata, kamus terbaik seperti Kamus Oxford Fajar Advanced Learner’s, Kamus Perdana, Kamus Dewan, dan Kamus Besar Utusan dimuatkan dalam kamus elektronik Besta bagi memantapkan lagi tahap penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu pengguna.
“Kamus elektronik Besta merupakan kamus elektronik pertama di dunia yang memuatkan kamus bersuara Arab-Melayu & Melayu-Arab selain dimuatkan dengan bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Korea, Thailand, Belanda, Sepanyol, Vietnam, Itali, Perancis, Jerman dan Indonesia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Menurutnya lagi, Besta mempunyai kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terlatih yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan kamus yang memenuhi keperluan pengguna.
“Pembangunan dan pemilihan data yang berkualiti menjadi fokus utama selain membina kandungan mengikut kurikulum sistem pendidikan di Malaysia.
“Mata pelajaran seperti bahasa Melayu dan Inggeris, Sejarah, Geografi, Sains, Matematik, Fizik dan sebagainya menjadi antara kandungan kamus Besta,” jelas beliau.
Tambah Wee Yik, kamus elektronik Besta juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang canggih seperti muat turun dan ruangan kad slot bagi memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat terbaharu seiring perkembangan teknologi semasa.
“Kamus ini turut dilengkapi skrin sentuh, enjin carian, MP3 dan fungsi cahaya latar membolehkan pembacaan dilakukan walaupun pada waktu malam menjadikannya kamus tribahasa, beranimasi, berinteraktif dan mobiliti pilihan ramai,” kata beliau.
Jelas beliau, pemantapan pangkalan data yang lebih eksklusif, menjadikan produk Besta sebagai kamus elektronik yang unggul dan dijangka dapat menarik perhatian pengguna yang mementingkan kekuatan isi kandungan serta ketinggian mutunya sebagai sumber rujukan yang tepat dan jitu. -Pendidikan Utusan

Sabtu, 8 Mei 2010

kem bestari solat siri dua 2010

baru-baru ini kem bestari solat selamat dijalankan dengan jayanya...sambutan murid-murid amat membanggkan dan kerjasama dari pihak pasilitator dan pentadbir amat dihargai....dalam siri kedua ini kbs dapat dilaksanakan untuk murid-murid tahun satu sahaja memandangkan murid kita terlalu ramai.alhamdulillah segala perancangan yang diatur berjalan dengan jayanya...ucapan setinggi penghargaan kepada guru-guru yang terlibat ......






TANGUNGJAWAB TERHADAP IBU

Tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa kita, lebih lebih lagi terhadap ibu. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya :

"Muawiyah bin Haidah Al-Qusairi telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Siapakah orang yang paling patut untuk aku berbuat baik?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Bapa Mu, seterusnya orang yang paling hampir denganmu" .

Menurut maksud Hadis tersebut pengulangan lafaz ibumu menunjukkan tentang ketinggian martabat seorang ibu tanpa menafikan hakikat dan tanggung jawab seorang ayah.

Dalam kita mengenang jasa ibu sempena kita menyambut hari ibu setiap tahun marilah sama-sama kita bermuhasabah dan berikrar untuk sentiasa menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan ibu kita. Berusahalah agar kita tidak menyakiti hati ibu kita yang selama ini entah berapa kali kita telah menyakiti dan menyentuh hati dan perasaan mereka. Ingatlah, perbuatan menyakiti hati seorang ibu adalah merupakan dosa yang cukup besar. Berjanjilah kita bahawa kita akan menjadi anak yang tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.

Adalah sesuatu yang amat mengecewakan kita pada hari ini apabila ada sebahagian anak-anak tidak lagi hormat kepada ibu-bapa, berani memaki hamun apabila tidak mendapat apa yang dihajati malah lebih dahsyat sanggup melakukan jenayah seperti memukul, sepak terajang bahkan lebih dahsyat hingga sanggup membunuh ibu-bapa sendiri. Ini adalah tanda jiwa mereka sudah tandus daripada keimanan bahkan jiwa mereka sebenarnya telah dikuasai oleh syaitan.

KEPADA SEMUA IBU

Kepada semua ibu-ibu...SELAMAT HARI IBU..

Semoga cerdikmu secerdik Aisyah,
Cantikmu secantik Ainul Mardiah,
Pengorbananmu setinggi Sumaiyyah,
Ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah dan...
Semoga tempatmu di syurga Al Jannah..

SELAMAT HARI IBU KEPADA DIRIMU YANG BERGELAR IBU.

PERITNYA SEORANG IBU MELAHIRKAN KITA

Wahai anak apakah kau mengerti
Betapa deritanya ibu yang mengandung
Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu
Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi
Hari-hari sudah pun berlalu
Usiamu makin bertambah
Seorang ibu sudah semakin tua
Namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
Agar sempurna hari depanmu
Kini kau dewasa ibumu telah pergi
Waktu yang berlalu seakan memanggil
Sudahkah kau curahkan kasih sayangmu
Apakan terbalas segala jasamu
Syurga itu di bawah telapak kakinya
Hanyalah anak-anak yang soleh Bisa memberikan kasih sayangnya
Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa mendoakan hari akhiratmu


Senilagu & Senikata : Nazrey Johani
Hakcipta Senilagu & Senikata : Raihan Cipta
Selamat Hari Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan



Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)



Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak




Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis
sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas
yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Walauapapun...setiap hari adalah hari ibu.....
terima kasih ibu....



begitu lah sikap dan perangai manusia,bila orang tua masih depan mata buat2 tak kisah,tapi bila dah tak de...rindu
pulak,memang dah lumrah manusia,sebaik2 nya nak balas jasa orang tua ketika masih hidup,bila dah masuk liang lahat,menyesal jadi nya....