Selasa, 21 Julai 2009

Isu j-QAF: Masa Tasmik

MASALAH MASA TASMIK

mengikut pendapat guru jQAF

Assalamu’alaikum wbt..

Tulisan ana hari ini ana tujukan khas buat pelajar2 ana (jQAF IPR Jan2007) dan siapa sahaja yg ada kaitan dgn mereka spt guru pembimbing, GB dan juga sesiapa yang berminat. Ianya sekadar berkongsikan fakta hasil daripada rujukan ana ke atas buku panduan jQAF, perbincangan lisan dengan penyelaras jQAF dan perhubungan telifon dengan pegawai jQAF yang berkenaan di JPN. Namun demikian, tulisan ini tidak boleh dijadikan hujjah sekiranya ia bertentang dengan mana2 dasar KPM yang tidak sempat ana rujuk.

Isunya tentang pengendalian kelas Tasmik model jQAF.

Sebagaimana yang ana faham, secara mudahnya, kelas Tasmik ini semacam kelas mengaji al-Quran (kalau dulu kita mengaji dengan tok2 guru di surau/masjid di kampung), cuma hari ini, atas anisiatif KPM, guru2 jQAF dibayar untuk mempastikan setiap anak orang Islam di Negara kita mengaji al-Quran dan dinamakan kelas/interaksi tersebut sebagai kelas Tasmik. Mengaji di surau kampung pindah ke dlm kawasan sekolah.

Sebenarnya masa interaksi wajib bagi setiap guru jQAF adalah SEKURANG2NYA 25 waktu seminggu. Oleh yang demikian, masa Tasmik ini berubah2 mengikut keadaan seseorang guru jQAF ditempatkan di sesebuah sekolah. Ada yang satu kelas sahaja muridnya, dua kelas tiga kelas dan sebagainya. Jadi bolehlah rujuk buku panduan agihan waktu guru jQAF ini dalam panduan Tahun 1 muka surat 311 hingga 331.

Contoh penyelesaian 1: (menetapkan waktu tasmik) Sekiranya guru jQAF itu major bahasa Arab, dan mengajar dua kelas semester 2 maka dia dah ada 4 masa bahasa arab dan 6 masa al-quran. Jadi perlu lagi 15 masa bagi mencukupkan had minimanya 25 masa, maka 15 masa itu ditetapkan mengajar tasmik yang perlu dilakukan di luar jadual rasmi persekolahan. Rujuk buku panduan muka surat 314. Sekiranya dia mengajar tiga kelas semester 1 pula, dia dah ada 6 masa bahasa Arab dan 12 masa al-Quran, maka masa tasmiknya hanya perlu 7 masa sahaja bagi mencukupkan 25 waktu seminggu. rujuk buku panduan muka surat 315.

Contoh penyelesaian 2 (murid2 terlibat dengan banyak aktiviti rasmi spt KAFA, Sukan dll) Jika ada 3 orang guru jQAF di sekolah tersebut, boleh diadakan sekaligus di surau sekolah dengan murid2 campur dari tahun 1 hingga 3 (atau hingga 4 atau berapa2 sahaja). Murid2 mengajilah dalam surau tu. gurunya pula pilih mana2 3 sudut dalam surau tu, panggillah mana2 pelajar samada thn1,2,3 dll mengadapnya utk tasmik. Spt mengaji di kampung.. Jika ada murid nak ke GERKO lain, kebetulan petang yang sama, ajarlah dahulu, dan minta balik semula ke surau (tpt tasmik tadi) sekiranya aktiviti GERKO telah siap. maksudnya, jika murid tiada apa2 aktiviti rasmi lain maka mesti duduk di tmpt tasmik itu sehingga masa guru tamat walaupun dah baca. Jgn dah baca bagi pulang. Lebih elok lagi ajar murid2 yg lancar dahulu kemudian minta mereka bantu ajar murid2 lemah sebelum murid2 lemah tersebut mengadap guru.

Yang pentingnya, program ini nak pastikan murid mengaji al-Quran. sbb jarang sangat di kampung2 ada tok2 guru yang mengajar al-Quran. Ana dahulu (masa kecik2) jika tak habis semua orang baca, tak boleh balik rumah. kena tunggu. bacalah kita al-quran tu hingga berkali2. esok datang, dapat pindah (org klantan kata dapat alih).

Murni sungguhnya hasrat dan cita2 program ini. Tinggal lagi kita laksanakannya dengan secara yang paling baik kita dapat. bukan sekadar melepaskan batuk di tangga yang penting hujung bulan dapat gaji. Jika dapat, jgn bagi murid2 stay, bagi mereka balik dulu, makan, solat dll macam kita mengaji dulu lah. kemudian datang ngaji. kini datang tasmik. Mudah2an generasi akan datang akan membentuk fenomena umat Islam yang lebih baik dari hari ini.

Sekian, harap maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tolong betulkan jika ada kesalahan fakta bagi mereka yang lebih mengetahui. Wallahu aklam.

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah satu teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan faktor situasi, persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru.oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira.

Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif pengajaran, sekaligus dianggap kurang berkesan.kelemahan ini akan mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan menjejeskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan generasi yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani.

Justeru, untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan dalam pengajaran, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang perguruan.

Bagi mengatasi masalah pengajaran yang kurang berkesan yang dihadapi Cikgu Azizah ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas 5 amanah, sekolah kebangsaan Sri Murni, terdapat 3 langkah yang perlu diambil iaitu:

1)Langkah pertama: mengenal pasti masalah.

-Murid-murid kurang faham isi pelajaran.

-Sukar mengingati fakta penting.

-Kurang tumpu perhatian

-Menunjukkan sikap kurang minat belajar.

2)Langkah kedua: mencari punca masalah.

Murid keliru, tidak faham dan tidak dapat mengaitkan isi pelajaran yang telah dipelajari dengan yang baru dipelajari kerana maklumat yang diterima tidak teratur dan tersusun.

Murid-murid tidak memperolehi maklumat yang jelas ketika sesi awal pembelajaran mengenai satu-satu topik.akhirnya, agak sukar bagi mereka untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya serta tidak boleh mengingati fakta-fakta penting dalam tajuk tersebut.

Murid-murid tidak mampu membezakan jenis rangsangan yang perlu diutamakan. Kesannya, mereka kurang tumpuan ke arah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

Kurangnya motivasi dalam aktiviti pembelajaran juga menyebabkan murid-murid tidak minat terhadap apa yang disampaikan guru.

3)Langkah ketiga: cadangan menyelesaikan masalah.

Secara umumnya, empat masalah utama yang dihadapi cikgu dalam pengajarannya boleh diatasi dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut

i)Pengaplikasian teori-teori yang sesuai dalam pengajaran.

ii)Menekankan proses pengajaran dan pembelajaran secara peringkat-peringkatnya.

iii)Memilih strategi pengajaran dan bembelajaran yang sesuai dengan situasi murid.

Ketiga-tiga aspek tersebut akan dibiancangkan secara terperinci pada bahagian seterusnya yang didahului dengan penjelasan konsep pengajaran dan pembelajaran secara umum.

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan system aktiviti –aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku dikalangan mereka.Proses pengajaran merangkumi perancangan,pengelolaan,penyampaian,bimbingan dan penilaian.Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan.

Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya.Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap.

Pengajaran bermaksud aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid.

Ciri-ciri pengajaran

Pengajaran juga membawa makna pencapaian atau tugasan.Proses pengajaran melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid.Pengajaran, selain daripada guru dan murid,meliputi rancangan mengajar,objektif pelajaran,tempat belajar,alat Bantu mengajar serta strategi,kaedah dan teknik mengajar. Di dalam aktiviti pengajaran,guru memainkan peranan sebagai pengajaran dan murid memainkan peranan sebagai pelajar.Aktiviti yang paling rapat dengan pengajargsi an ialah instruksi (mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman.

Model Pengajaran

Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada beberapa model pengajaran.Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sessi p&p yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid.Di antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah :



-Model Ekspositori

-Model Pemerosesan Maklumat

-Model inkuiri

-Model Projek

1)Model Ekspositori

Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta,hokum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.

Contoh:-Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961).

2)Model Pemerosesan Maklumat

Contoh Model:

a)Teori Pemerosesan Maklumat R.M Gagne.

-Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi.

-Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui deria,selepas itu maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan,kemudian ia di hantar kepada stor jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf.

-Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne.

Ø Fasa motivasi – Jangkaan

Ø Fasa kefahaman – Pemerhatian –Simpanan Persepsi

Ø Fasa Perolehan – Pengekodan – Simpanan Awal

Ø Fasa Penahanan – Penyimpanan – Stor Ingatan

Ø Fasa Ingatan Kembali – Mengingat Kembali – Mencari

Ø Fasa Generalisasi – Pindahan

Ø Fasa Prestasi – Gerak balas

Ø Fasa Maklum balas – Peneguhan



Lapan jenis Pembelajaran Untuk Memperolehi Maklumat

Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks:

1)Pembelajaran Melalui isyarat

-Berbentuk primitif.

Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.

2)Pembelajaran stimuli-tindak balas

-Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu.

Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya.

3)Pembelajaran Melalui Rantaian

-Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.

Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan .

4)Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal

-Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.

Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.

5)Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.

-Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.

Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak,bela.

6)Pembelajaran konsep

-Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan symbol berdasarkan cirri-ciri yang sama.

Contohnya:Beg,buah-buahan,buku.

7)Pembelajaran prinsip.

-Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.

Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.

8)Pembelajaran penyelesaian masalah

-Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.

Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik.

Model Taba

Ø Menekankan pembentukan Konsep;konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sisitem yang sesuai.

Ø Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu:

1)Peringkat penyusunan data

Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan cirri-ciri persamaan dan perbezaannya.

2)Peringkat membentuk konsep

Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.

3)Peringkat membentuk hokum

Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibentuk dalam peringkat 2.

4)Peringkat aplikasi

-Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.


3)Model Inkuiri

Ø Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat.

Ø Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali membuat rumusan.

Ø Contoh:

a)Model Inkuiri Sains (Model Dewey)

-digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains.

-berlandaskan kepada 5 langkah:


MENGENAL PASTI MASALAH à MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN à MEMBUAT HIPOTESIS à MENGUJI HIPOTESIS à MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN

b)Model Inkuiri Sosial

Ø Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Ø Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik.

Ø Merangkumi 6 langkah:


PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURUàPEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURIDàMEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESISàPERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESISàMENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESISàMEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN

C)Model Inkuiri Jurispudential
Ø Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu.Ia juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.
Ø Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.
Ø Terbahagi kepada 2: -
i)-Inkuiri Terbimbing
à Melalui bimbingan guru
àSesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah.

ii)-Inkuiri Terbuka

àTidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan olehmurid sendiri.

àSesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.

iii)Inkuiri Suchman

àBerlandaskan andaian bahawa strategi –strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah,khasnya mata pelajaran sains.



4)Model Projek

-Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965).

-Menekan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang.

-Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian luar dan lawatan.


KONSEP PEMBELAJARAN

Pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan.Ia berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan.(Kamaruddin Hj.Husin,hal. 93).Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh kebiasaan,pengetahuan dan sikap yang positif.

Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil disebabkan oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan.

Proses pembelajaran bukan disebabkan oleh factor kematangan atau factor-faktor perubahan konstitusi badsan. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baru dan penyelesaian sesuatu masalah boleh dianggap sebagai sebahagian dsripada prosese pembelajaran.

Ciri-ciri pembelajaran

-Ia adalah proses yang berterusan.

-Ia boleh berlaku secara disedari atau tidak disedari.

-Ia melalui proses yang spesifik seperti rajah dibawah:

Proses pembelajaran

-Rangsangan dan persekitaran

(guru, buku, ibu bapa, rakan, filem)

-rangsangan sesuai dipilih oleh organ deria.

(rangsangan positif dan bermakna)

-rangsangan diproses dalam otak untuk diberi makna dan diterima.

(pemikiran dan pengalaman, pemikiran refleksi, analisis, dan penilaian)

-pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.

(diterima dan kekal dalam ingatan untuk dipanggil semula)

-mengamalkan pengalaman atau pengetahuan baru dalam suatu situasi yang sesuai dan sepadan.

(pemindahan pelajaran dalam situasi yang sama).

-Perubahan tingkah laku.

(pembelajaran sebenar)

Ensiklopedia Menyeluruh j-QAF


Dalam satu kursus, seorang sahabat mengusik saya.

"Anta punya laptop macam Mausu'ah Shamilah j-QAF (Ensiklopedia Menyeluruh j-QAF). Semua ada, macam-macam boleh 'sedut'".

Saya hanya tersenyum.

Ada apa dengan laptop saya jika banyak dan pelbagai pihak tidak berkongsi bahan-bahan yang berkaitan dengan j-QAF, terutamanya pihak JAPIM sendiri yang telah menyediakannya dalam bentuk Word atau PDF dan dimuat naik ke pelbagai laman web. Juga, kepada pelbagai pihak yang telah menganjurkan pelbagai kursus yang telah saya hadiri selama ini, yang sudi berkongsi fail dalam pelbagai bentuk khususnya Powerpoint.

Jadi, pada minggu lepas, saya mengambil keputusan untuk 'bakar' (burn) segala bahan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran j-QAF, Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Jawi dalam CD untuk simpanan sekolah dalam fail Panitia Agama Islam supaya ustaz-ustazah yang lain boleh 'copy'.

Berikut adalah bahan/fail yang telah saya 'bakar':

1. Panitia dan j-QAF:
1.1 Buku Dasar j-QAF Edisi Baru (PDF)
1.2 Buku Panduan Pelaksanaan Model-model j-QAF Tahun 1 (PDF)
1.3 Buku Panduan Pelaksanaan Model-model j-QAF Tahun 2 (PDF)
1.4 Buku Panduan Pelaksanaan Model-model j-QAF Tahun 3 (PDF)
1.5 Bahan Nazir: Pengurusan Panitia (PDF+Word+Powerpoint)
1.6 Contoh Kertas Kerja Khemah Ibadat (PDF)
1.7 Contoh Jadual Agihan Tugas (Excel)
1.8 Contoh Sistem Fail j-QAF (Excel)
1.9 Soal Jawab j-QAF (Word)
1.10 Surat Siaran j-QAF (Word)
1.11 Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah (Word)

2. Buku Teks Bahasa Arab Sekolah Rendah (Tahun 1-4)

3. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (PDF)

4. Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 1-4 (PDF)

5. Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Arab Tahun 1-4 (Word)

6. Unit Doa (Word)

7. Kursus Pentaksiran Bahasa Arab: JSU dan Pembinaan Item (Powerpoint+Word)

8. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 1-6 (PDF)

9. Bank Soalan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (Word):
9.1 Soalan BA Daerah 2007-2008
9.2 Soalan BA Daerah 2008-2009
9.3 Soalan PI Jabatan 2006
9.4 Soalan BA Jabatan 2007
9.5 Soalan PI Jabatan 2007

10. Font Arab, Jawi dan Rasm Uthmani

11. Soalan Hafazan MTQ 2008 Zon dan Daerah (Word)

12. Buku Teks Pendidikan Islam Sekolah Rendah (Tahun 1-6)

13. Al-Quran:
13.1 Panduan Pengajaran Iqra' (Powerpoint+Word)
13.2 Sukatan Pelajaran Khatam Al-Quran (PDF)
13.3 Adab Khatam Al-Quran (PDF)
13.4 Kaifiat Khatam Al-Quran (PDF)
13.5 Panduan Kem Literasi Al-Quran Sekolah Rendah (Word)
13.6 Terjemahan Al-Quran (HELP)
13.7 Al-Quran Digital (HELP)
13.8 Quran Flash Tajwid
13.9 Setup Quran in Word (2003)
13.10 Latihan Tahsin Al-Quran (Word)
13.11 Modul Quran Minor LPBS (Word)
13.12 Tarannum (PDF)

14. Bahasa Arab:
14.1 Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 1 2008 (PDF)
14.2 Panduan PKSR Bahasa Arab Tahun 1 (PDF)
14.3 Panduan PKSR Bahasa Arab Tahun 2 (PDF)
14.4 Panduan PKSR Bahasa Arab Tahun 3 (PDF)
14.5 Panduan PKSR Bahasa Arab Tahap 2 (PDF)
14.6 Borang PKSR Bahasa Arab Tahun 1, 2, 3 (Word)
14.7 Contoh Kertas Kerja Kem Bahasa Arab (Word)
14.8 Contoh Borang-borang Kem Bahasa Arab (Word+Powerpoint)
14.9 Projek Rintis Bahasa Arab (Word+Powerpoint)

15. Jawi:
15.1 Setup Daftar Ejaan Jawi DBP (Excel)
15.2 Sukatan Pelajaran Pemulihan Jawi (PDF)
15.3 Soalan Penilaian Jawi Tahun 1 (PDF)
15.4 Soalan Penilaian Jawi Tahun 2 (PDF)
15.5 Soalan Penilaian Jawi Tahun 3 (PDF)
15.6 Soalan Penilaian Jawi Tahun 4 (PDF)

16. Borang-borang Kem Bestari Solat (Word)

17. Powerpoint:
17.1 Panitia dan j-QAF (4 fail)
17.2 Bahasa Arab (9 fail)
17.3 Khatam Al-Quran dan Tasmik (4 fail)
17.4 Kaedah Jawi dan Pemulihan Jawi (6 fail)
17.5 Konsep dan Pelaksanaan P&P j-QAF 6 bulan kedua (5 fail)
17.6 Kem Bestari Solat (2 fail)
17.7 Tahsin Al-Quran (14 fail)

18. VCD Majlis Khatam Al-Quran 2007 (Dikir Barat Bahasa Arab dan Kalam Jamaie)

19. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam (PDF)


20. Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) (PDF)

21. Panduan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) (PDF)

Sebenarnya ada banyak lagi fail (termasuk Powerpoint BA Tahun 1-4=392MB), tapi cukuplah yang ini dulu yang paling penting sebab ini pun dah 3 cd kena 'bakar'.

Laman-laman web yang mesti diberi kredit:
1. www.japim.edu.my
2. www.j-qaf.net
3. www.sppimprk.net
4. www.gemaislam.net
5. www.e-jazirah.bravehost.com
6. www.moe.gov.my/jpnjohor/
7. blog saya ni.. ha ha ha

RUTIN GURU j-QAF

BEBERAPA RUTIN GURU j-QAF:

P&P (am)
1. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (RPP) serta menulis refleksi. Buku ini perlu dihantar untuk semakan GB atau PK setiap minggu dan jika diminta untuk semakan khas.
2. Membuat persediaan mengajar (perbincangan dengan GPI, membuat nota, merujuk buku tambahan dll)
3. Menyelenggara ABM, BBM dan Bahan Media serta peralatan seperti Laptop dan LCD, dll.
4. Menyediakan Lembaran nota, Lembaran kerja dan latihan untuk Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan.
5. Merancang dan mempelbagaikan aktiviti P&P yang menarik dengan kepelbagaian pendekatan, strategi, kaedah dan gaya pengajaran mengikut aras yang berlainan
6. Melaksanakan P&P mengikut jadual dan menilai dalam bentuk penilaian berterusan.
7. Menyediakan rekod prestasi dan melaporkan hasil kepada Ketua Panitia dan GB
8. Menyediakan rekod pencapaian murid dalam ujian mengikut kelas.

P&P Model j-QAF
1. Memahami cara pelaksanaan model Pemulihan Jawi dan melaksanakan Pemulihan
2. Menggunakan Bahan-bahan ABM yang telah dibekalkan oleh KPM
3. Menyediakan rekod prestasi murid, menilai dan melapor
4. Menyediakan rekod folio peribadi murid pemulihan jawi
5. Memulihkan murid yang lambat sehingga berjaya menguasai jawi
6. Membimbing murid Khatam Al-Quran 6 bulan pertama dalam kelas 6 bulan ke dua waktu tasmik sehingga khatam al-quran.
7. Merekod bacaan murid dalam buku rekod bacaan
8. Memberikan bimbingan tambahan kepada murid lambat yang belum menguasai dalam bentuk Literasi dan Inovasi Iqra'.
9. Membantu GPI melaksanakan P&P Pendidikan Islam j-QAF di kelas
10. Menyemak dan merekodkan latihan dan buku kerja murid
11. Menguruskan dan melaksana Kelas Tasmik (selepas waktu persekolahan)
12. Merekodkan bacaan Tasmik
13. Mengenal pasti kelemahan dan mengatasinya.
14. Menyediakan laporan dan dokumentasi
15. Melaksanakan bimbingan sampingan luar jadual
16. Melaksanakan P&P Bahasa Arab (guru Bahasa Arab) dan menyediakan rekod PKSR, menilai dan melapor.
17. Merancang, menyediakan keperluan, mengorganisasi mesyuarat dan taklimat, menyelaras dan melaksanakan Kem Bestari Solat di luar jadual persekolahan
18. Menyediakan laporan dan Dokumentasi KBS

Organisasi Unit j-QAF
1. Mengadakan mesyuarat pengorganisasian unit j-QAF (ini biasanya dilaksanakan awal-awal tahun)
2. Menyediakan Fokus dan Tumpuan Unit j-QAF tahun semasa
3. Menguruskan, mengendali dan menghadiri mesyuarat Penitia, Unit j-QAF dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan.
4. Mengurus portfolio peribadi
5. Menyediakan borang-borang dan dokumen berkaitan untuk rekod-rekod j-QAF
6. Menguruskan Fail-fail unit j-QAF
7. Menyediakan laporan bulan Mac, Jun, Ogos dan Oktober untuk setiap model j-QAF
8. Menyediakan E-Laporan 6 Bulan
9. Mengurus surat-menyurat unit
10. Menguruskan organisasi unit

Am (Sekolah)
1. Membantu pengurusan dan pelaksanaan aktiviti Kurikulum, HEM dan Ko-kurikulum di sekolah.
2. Menjalankan tugas-tugas khas yang dilantik oleh pentadbiran
3. Bersedia untuk sebarang tugas berdasarkan arahan GB atau PK
4. Bersedia untuk Pencerapan dan Pemantauan pada bila-bila masa
5. Menjalankan tugas-tugas Unit j-QAF, Panitia, Sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Muat turun Bahan P&P j-QAF

Untuk mendapatkan segala bahan P&P j-QAF, sila muat turun dari laman-laman web berikut:

Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Bahasa Arab Tahun 1-5:
sila muat turun dari laman web kumuniti jqaf

Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Islam Tahun 1-5:
dan kumuniti jqaf langkawi

Bahan Bantu Mengajar Kem Bestari Solat
boleh di ambil dari laman web jQAF SK PARIT HAJI TAIB

Download BBM j-QAF
boleh didownload dari jQAF Sabak Bernam

Bahan PnP jQAF

Sila download bahan-bahan pengajaran j-QAF 2009 yang terbaru di http://e-jazirah2u.bravehost.com. Terima kasih.

Biasiswa Persekutuan untuk Pegawai yang sambung belajar

Biasiswa Persekutuan untuk Pegawai yang sambung belajar
Berikut adalah pelbagai elaun yang diterima oleh seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana atau PhD, atau secara rasminya dinamakan sebagai Biasiswa Persekutuan Bagi Pegawai Yang Mengikuti Kursus Ijazah Lanjutan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPT) Tempatan (HLP Sepenuh Masa):

1) Elaun Sara Hidup (Sebulan) =RM9++
2) Elaun Buku (Setahun) =RM7++
3) Elaun Alat Perkakas =RM9++
4) Elaun Penempatan (Sekali) =RM2+++ (Bagi yang sudah berkeluarga)
5) Elaun Akhir Pengajian =RM9++
6) Elaun Bantuan Sewa Rumah (Sebulan) =RM2++
7) Elaun Bantuan Keluarga (Sebulan) =RM3++
8) Elaun Tesis (Sekali) =RM4+++
9) Yuran Pengajian (bergantung kepada invois dari universiti)

Teringat pula antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini (yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2007 dulu):

1- Pegawai sudah disahkan jawatannya dalam perkhidmatan
2- Prestasi perkhidmatan cemerlang 3 tahun berturut-turut

Anda pula bagaimana? Boleh? Mampu?

E-Pelaporan j-QAF 2009



Saya dah muat turun E-Pelaporan j-QAF 2009 yang terbaru (ada fail Tahun 5) dari jqaf melaka walaupun kami belum terima perisian ini daripada pihak PPD/JPN. Masa itu emas. Banyak data yang perlu diisi, tak boleh ditangguh dan ditunggu lagi.