Selasa, 21 Julai 2009

TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN

Tulisan Jawi Dalam Pendidikan


Sejak abad ke 15 dan seterusnya, pengajaran Islam dalam bahasa Melayu dengan mengguna kitab dan buku tulisan jawi diajar di masjid, surau, madarasah, sekolah pondok dan di rumah tok guru di merata tempat di Malaysia dan Indonesia. Pendidikan Islam tradisi ini sangat berpengaruh di kalangan orang Melayu.

Semasa zaman penjajahan Inggeris di Malaysia, Pendidikan Islam (Islamic Studies) tidak diajar di sekolah kerajaan, sama ada di Sekolah Melayu atau di sekolah Inggeris. Tetapi tulisan jawi diguna untuk mengajar membaca dan menulis di Sekolah Melayu Darjah 1 - 6. Kebanyakan murid Muslim belajar agama Islam di sekolah agama di sebelah petang, dengan mengguna buku tulisan jawi.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru memaktubkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara, dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Dengan itu Pendidikan Islam diajar sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Tetapi skrip tulisan rasmi bahasa Melayu ialah skrip rumi. Tulisan jawi sudah tidak dianggap penting dalam urusan rasmi, termasuk dalam pendidikan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963, (dan dikaji semula 1967), juga mengiktiraf skrip rumi sebagai skrip rasmi.

Masalah Kelemahan Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Murid Sekolah Rendah dan Menengah

Dengan termaktubnya rumi sebagai skrip rasmi bahasa Melayu, maka semua buku teks termasuk buku teks Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah diterbit dalam huruf rumi saja. Tulisan jawi tidak lagi diajar di sekolah kerajaan (1960)

Dengan ini mulalah merosotnya kemahiran murid membaca dan menulis jawi. Bahkan ada di antara pelajar yang tidak belajar di sekolah Agama Islam disebelah petang, mendapati sukar membaca Al-Quran. Hanya di negeri-negeri seperti Johor, Kelantan dan Selangor yang mempunyai sistem ‘sekolah agama’ nya sendiri yang pelajar dapat belajar agama Islam dalam tulisan jawi.

Kemorosotan ini berterusan sehingga awal tahun 1980an. Desakan dari masyarakat Melayu bertambah kuat supaya tulisan jawi diajar semula di sekolah dan tulisan jawi diguna untuk menerbit buku teks.

Dalam tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR ), memasukkan semula tulisan jawi sebagai sebahagian dari Pendidikan Islam untuk murid Tahun 3 – 6, dan diajar 30 minit seminggu. (Sukatan Pelajaran Agama Islam Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan, Malaysia 1982). Kesannya tentulah amat terhad. Desakan makin bertambah apabila gejala kemorosotan pendidikan Islam di kalangan pelajar Islam meningkat dan ramai yang tidak boleh membaca Al-Quran. Resolusi dalam satu Konvensyen tentang tulisan jawi pada 8 – 11 April, 1984 di Terengganu, mendesak kerajaan supaya memasukkan semula tulisan jawi dalam kurikulum sekolah. Murad Mohd Noor, Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu (1984) mengisytiharkan bahawa jawi dimasukkan semula dalam kurikulum sekolah, sebagai sebahagian daripada Pendidikan Islam.

Sebagai langkah yang drastik, pada 1986 semua buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah diterbitkan dalam tulisan jawi dan tidak lagi dalam tulisan rumi. Mulai tahun 1988 semua buku Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan kemudian buku bagi Tingkatan seterusnya, diterbitkan dalam tulisan jawi. Guru agama Islam diarah supaya mengguna tulisan jawi dalam pengajaran mereka.

Perubahan yang mengejut ini mengakibatkan tinggi peratus pelajar Muslim di sekolah rendah dan menengah tidak dapat membaca buku teks jawi, kerana mereka tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Pengetahuan Islam mereka terhad, dan minat mereka juga rendah.

Kelemahan murid Muslim dalam membaca dan menulis jawi di peringkat sekolah rendah dan menengah yang dikesan sejak tahun 1980an itu berterusan sehingga ke tahun-tahun 1990an. Di sini diperturunkan beberapa kajian yang relevan.

Kajian tinjauan di kalangan 112 guru Pendidikan Islam Tingkatan 1 di Selangor oleh Sarin bin Talib dalam tahun 1995 mendapati 75 % guru menyatakan separuh daripada pelajar mereka tidak boleh membaca buku teks Jawi Pendidikan Islam; 65-68% menyatakan pelajar mereka tidak boleh membaca Quran dan Hadith.

Kajian Isahak Haron dan Hasan Basri (1995) tentang prestasi Jawi pelajar Tingkatan 2 dan 4 di beberapa buah sekolah di Selangor dan Pahang mendapati lebih 65% tidak boleh menulis Jawi, dan lebih 45% yang tidak boleh membaca teks Jawi. Tidak ada usaha dan kaedah ‘pengajaran pemulihan jawi’ dijalankan di sekolah.

Kesan kelemahan membaca dan menulis Jawi di sekolah rendah dan menengah ialah murid tidak dapat membaca buku teks Pendidikan Islam yang ditulis dalam huruf Jawi dan ini mengurangkan keupayaan mereka memahami kandungan Pendidikan Islam; dan Pendidikan Islam itu kurang bermakna kepada mereka.

J –QAF

Usaha untuk memperbaiki kelemahan Jawi ini dibuat dari semasa ke semasa, termasuk pengajaran pemulihan Jawi oleh guru di sesetengah sekolah. Kelemahan ini dipandang serius oleh kerajaan kerana ia akan menjejaskan pendidikan dan penghayatan Islam di kalangan generasi muda. Pada 2004 Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk mengadakan program khas, yang dinamakan J-QAF bagi mengukuhkan pengajaran - pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah.

Program ini bertujuan supaya pada akhir enam tahun persekolahan rendah, semua murid menguasai hal-hal berikut:

J – Jawi, boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik;

Q – Qatam Quran: boleh membaca dan qatam Quran

A – boleh membaca dan menulis bahasa Arab peringkat asas;

F – mengetahui dan mengamalkan Fardu ain.

Program J-QAF ini bermula pada tahun 2006, tetapi projek perintisnya bermula pada tahun 2005 di beberapa buah sekolah rendah. Pengajaran Jawi merupakan komponen penting dalam program pengukuhan Pendidikan Islam ini. Objektif pengajaran-pembelajaran Jawi ialah supaya semua murid dapat membaca dan menulis skrip Jawi dengan baik sebelum tamat Tahun 6 sekolah rendah. Ini akan membolehkan mereka membaca buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan jawi dan menulis jawapan dalam tulisan Jawi. Tahap 1 (Tahun 1 – 3) merupakan waktu penting untuk memberi asas membaca dan menulis jawi kepada murid. Dua waktu (60 minit) seminggu diperuntukkan untuk belajar jawi.

J-QAF Terbukti Lahirkan Ramai Pelajar Celik Al-Quran

IQRA’… Sebahagian daripada para peserta khatam Al-Quran khusyuk membaca kitab suci itu pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2007 dan perasmikan Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di Kota Baharu. Foto: Zahari Razak

KOTA BAHARU, 25 Sept (Bernama) -- Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang dimulakan Kementerian Pelajaran tiga tahun lalu berjaya mencapai matlamatnya dengan lebih lebih ramai pelajar kini "celik al-Quran" dan mampu khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain mampu membaca al-Quran dengan baik, pelajar juga sudah boleh menguasai asas-asas Bahasa Arab, tulisan dan bacaan Jawi dengan baik.

"Secara keseluruhannya program j-QAF ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik di kalangan ibu bapa Islam dan sedikit sebanyak mampu menjadi daya tarikan kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis perasmian Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke-2 dan perasmian Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Hishammuddin berkata kini 3,703 buah sekolah menawarkan program j-QAF manakala guru yang terbabit ialah 10,985 orang dan murid yang mendapat manfaat daripadanya kini mencecah 644,419 orang.

Katanya kementerian akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan berjumlah RM222.4 juta bagi menambah, mengganti, mengubah dan menaik taraf kelas berkaitan j-QAF.

Selain itu, katanya kementerian merancang untuk mengadakan makmal j-QAF di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan selesa.

"Makmal j-QAF akan dilengkapi dengan alat pandang dengar serta bahan bantu mengajar yang akan menjadikan pembelajaran lebih kondusif, interaktif dan yang paling penting berkesan dan menyeronokkan," katanya.

Katanya pendedahan awal terhadap pengetahuan al-Quran dan Fardu Ain yang selari dengan pendekatan Islam Hadhari akan membolehkan kerajaan melahirkan generasi yang seimbang peribadi dan akhlaknya dan mengamalkan asas-asas ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Pada majlis itu seramai 2,560 pelajar khatam al-Quran berbanding seramai 1,800 pelajar pada tahun lalu.

-- BERNAMA

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=286824

KAMUS BERGAMBAR PINTAR SOLEH





Kamus Bergambar Pintar Soleh


Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Kamus ini?

Memenuhi keperluan pembelajaran Bahasa Arab prasekolah, sekolah rendah dan menengah.

Panduan menggunakan kamus ini untuk ibu bapa, pelajar dan guru.


Ilustrasi menarik dan berwarna warni berdasarkan tema yang disusun secara sistematik.


Sisipan ayat al-Quran, hadis, doa, zikir dan selawat mengikut topik untuk renungan dan amalan.


Timbangan kata kerja bahasa Arab berserta contoh ayat.


Pecahan kata kerja bahasa Arab untuk kata kerja masa silam, masa kini dan arahan.


Siapa Perlukan Kamus Bergambar Pintar Soleh?
Guru-guru yang mengajar pelajaran Bahasa Arab, sebagai rujukan semasa mengajar dan bahan tambahan.
Pelajar-pelajar yang mengambil subjek Bahasa Arab di sekolah rendah (J-QAF), menengah dan universiti.
Ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar Bahasa Arab, sebagai rujukan untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran.
Pelancong yang hendak ke Negara Arab seperti Mesir, Jordan, atau menunaikan haji atau umrah di Makkah.
Pelajar-pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran ke Negara Arab.

KAMUS AL-MIFTAH


KAMUS AL-MIFTAH

Arab - Melayu - Inggeris




Pengalaman sebagai Pelajar Universiti, Pensyarah Kolej, Penulis Buku Agama, Penterjemah, Editor Syarie dan Konsultan Syarie...

"Kamus Terbaik pernah dihasilkan di Malaysia..."

Sesuai untuk siapa sahaja yang menekuni Bahasa Arab:
- Pelajar Menengan, Pondok, Universiti, ..
- Guru, Pensyarah...
- Penterjemah Arb-Mly, Mly-Arb, Eng-Arb, Arb-Eng ....
- Istilah lama dan moden sesuai untuk rujukan ketika membaca buku-buku arab moden atau majalah dan akhbar.
- Istilah saintifik yang sukar didapati dalam kamus lain.
- Disertakan dengan gambar untuk memudahkan pemahaman...



KEISTIMEWAAN AL-MIFTAH

- Muka surat setebal

- + 2000 halaman

- Menggunakan bahasa Arab moden dan terkini

- Mengandungi lebih 60 ribu entri

- Mengandungi lebih 3000 gambar

- Mengandungi -+ 50 halaman berwarna

- Menggunakan tiga bahasa Arab, Melayu dan Inggeris

- Menggunakan tiga warna tulisan iaitu merah, hitam dan Inggeris

- Memperkenalkan istilah-istilah Bahasa Arab iaitu:

1. Syariah Islamiah 2. Kristian 3. Kimia 4. Biologi 5. Alam Tumbuhan 6. Alam Burung 7. Alam Serangga 8. Perubatan 9. Falak 10. Penyakit 11. Komputer 12. Matematik 13. Alam Ikan 14. Geologi 15. Falsafah 16. Psikologi 17. Undang-undang 18. Politik 19. Ekonomi 20. Perdagangan 21. Mantik 22. Istilah bahasa 23. Sastera Arab 24. Muzik 25. Sukan 26. Fizik

MESTI BELI!!!!!



KAMUS AL-MIFTAH

(Kamus Moden / Mu'jam 'Asri)Arab - Melayu - Inggeris

Saiz: 16cm X 23cm

Jumlah Halaman: 1962 muka surat.

Harga: RM170 + RM5 (pos biasa)


Maklumat Penghantaran


untuk mendapatkan kamus ini sila ke laman blog Rohidzir Raiz

Tipso dan Petua....untuk temuduga SPP...


temuduga memang mendebarkan...
image source : tutor.com.my

Salam semua.
Hari ni hari minggu. Ramai antara kita bercuti dan nak beristirehat. Jadi, selamat bersenang-lenang bermain2 bersama isteri keluarga tercinta...

Entry ni khas aku buat untuk mereka yang nak mengetahui tentang soalan2 yang MUNGKIN akan ditanya dalam interview pengesahan jawatan untuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah (PPPS) DG 41.

Kalau nak tips2 interview dan tatacara yang betul, bolehla digoogle...itu takde masalah...kan? Antaranya ialah :
Tips dan tatacara temuduga
Kawal emosi semasa temuduga
Perkara yang menjelikkan penemuduga
Tips menghadiri temuduga
Yang pasal isu yang akan ditanya dalam interview SPP ni pun boleh digoogle, tapi aku harap ape yang aku tuliskan kat sini akan menjadi sebahagian daripada penyumbang untuk mereka yang menggoogle kat alam maya nih...InsyaAllah..

Sebagai seorang guru, kita mestilah serba tahu atau buat2 serba tahu jea.. :)
Takde laa...memang kamu kena menjadi seorang yang knowledgeable, informative, versatile dan berkeyakinan tinggi bila dah menjawat jawatan ni.

Jadi, untuk menguji kebijaksaan kamu, akan ditanya soalan seperti ini:
Bertanya khabar, asal dari mana...etc
jawab dengan berhemah dan yang mana dirasakan perlu. mulakan dengan senyuman, jangan ikut sangat perasaan yang berdebar tu..

Ceritakan latar belakang pendidikan kamu?
pandai2lah kamu elaborate, tapi jangan berjela sangat...
kalau ade yang menarik dalam kursus yang kamu ambil semasa belajar dulu, boleh elaborate (sikit) sebagai daya penarik ceritera kamu..
eg: semasa saya mengambil kursus marine science di U dulu, saya berpeluang untuk mengambil kursus scuba diving blablabla...dapat menghayati keindahan dasar laut...blablabla....

Cikgu mengajar di mana dan subjek ape di sekolah cikgu?
jawablah ape yang patut dan elaborate sikit... dan kalau boleh nyatakan perasaan selepas sebutkan subjek apa yang kamu ajar tu...
eg: saya mengajar matapelajaran sains semasa di sekolah. saya suke mengajar sains sebab sains adalah satu ilmu yang mengujakan dan penuh dengan tanda tanya. kita mengkaji dan mengkaji tentang sesuatu perkara atau fenomena itu dan dari situ barulah kita akan mendapat jawapan.
teknik mempelajari sesuatu atau sains khususnya bukanlah seperti dulu; di mana guru akan lebih bertindak sebagai pemudah cara atau facilitator.
bukan lagi sebagai sumber ilmu...
:)

Di dalam borang ni tertulis yang cikgu menjadi..(jawatan kamu laa)....
boleh cikgu nyatakan apa yang dah disumbangkan/aktiviti/kejayaan oleh cikgu? kalau perlu, berikan sedikit "nasi tambah" untuk bagi sedap lagi cerita, dan ia mestilah logik oke?? dan anda kena yakin yang memang anda gembira dan bangga dengan pancapaian anda setakat tu...oke?? tak perlu nak malu2 atau segan...

eg: semasa di sekolah, saya telah diberikan peluang untuk menjadi setiausaha UPSR. dan saya telah belajar banyak daripada tugas tersebut. selain itu, saya rasa saya dipilih kerana saya mempunyai bakat di dalam bidang IT walaupun bukan seorang yang pakar. apa pun, saya bersyukur kerana dipilih untuk memikul tanggungjawab ini.

atau

eg: semasa di sekolah, saya telah dipilih untuk mengetuai kelab guru. dan selama tempoh beberapa bulan ini, kami telah berjaya menganjurkan beberapa acara yang cukup baik dan meriah. antaranya ialah majlis persaraan....blabla...dan yang terbaru ialah sambutan hari guru ini. saya rasa saya telah melakukan sesuatu yang terbaik dalam sejarah sekolah di dalam sambutan hari guru ini. cukup meriah dan semua guru gembira pada hari tersebut...


nampak tak? aku macam rase banyak (ke sikit) nasik tambah aku dalam ayat2 aku kan??
tapi ada yang memang betul dan selebihnya ialah untuk menampakkan kita bersifat positif dan berbangga dengan apa yang dah kita capai atau sumbangkan.

cukuplah bab suai kenal dan mengetahui peribadi kita. Kita ke bab knowledge kamu...

soalan yang akan/pasti/memang ditanya kepada kita selaku pendidik..

apakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), sila nyatakan....dan huraikan sedikit.
aku pun jawablah statement FPK tu, tapi takde la sebijik...tapi dengan tambahan ayat kita sendiri asalkan tak tertinggal satu pun isi dalam PFK tu...

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ingat, jangan lupa walau satu pun isi penting yang aku boldkan tu...itu sangat penting! dan kalau boleh, kita ambil satu atau 2 isi penting untuk dihuraikan sedikit; konon2 ia menarik perhatian kamu laa...

eg: saya tertarik untuk menghuraikan sedikit tentang.......dan saya rasa ia amat bertepatan dengan wawasan/visi untuk menjadi negara maju...blablabla....
kalau kita lihat.....blabla...

oke, cikgu mengajar subjek...(subjek anda)....di sekolah. boleh cikgu kaitan, bagaimana kita boleh mencapai apa yang dah termaktub dalam FPK kita?
untuk ini, kamu perlu pantas dan cekap mengaitkan fakta dan auta isu semasa, dengan apa yang kamu sedang ajar di sekolah dsb... cepat fikirkan dan kaitan dengan gabungan ayat2 cinta power...
masukkanlah isu terbaru seperti perpaduan, isu 1Malaysia atau apa sahaja yang ada kaitan. Wawasan 2020, atau mencapai negara maju, atau era sains dan teknologi... Yang pasti, ia menunjukkan anda seorang yang alert dan prihatin dengan karier anda, yang menunjukkan anda ada wawasan...ada visi...oke?

boleh cikgu nyatakan tentang KBSR...?
untuk menjawab ini, anda mesti membaca. dan ingatlah isinya... boleh google...dan kaitkan dengan subjek yang kamu ajar... dan penemuduga akan tanya soalan lain untuk menduga kamu...

suke tau, dorang menduga hati dan perasaan aku...hiks...

disebabkan dalam KBSR ada unsur untuk mencelikkan murid dengan matapelajaran jawi, aku ditanya soalan cenggini;

walaupun kita tengok dalam KBSR, unsur2 subjek jawi dah diterapkan tapi banyak saya dengar dari cikgu2 skolah menengah yang ramai pelajar tak tahu membaca jawi walaupun sudah tingkatan 3, 4..? adakah ini menunjukkan sistem ini tak berkesan/gagal?
jawab dengan tenang dan ambil sikit mase untuk berfikir. pastikan kita sentiasa menyokong dan memberikan alasan yang positif...

eg: sebenarnya, ia bergantung kepada individu itu sendiri. apa yang penting, kita sebagai pendidik perlu terus menjalankan tanggungjawab kita dengan sepenuhnya. penerimaan dan keberkesanan adalah perkara kedua kerana kejayaan terletak dalam diri pelajar itu sendiri.
satu lagi, sistem ini mungkin perlu penambahbaikan.
contohnya dengan adanya PIPP ini, sistem jQaf dah diperkenalkan dan saya lihat ia memberikan kesan dan perubahan dalam ilmu keagamaan dan jawi.
dalam sistem pembelajaran jQaf, pengajaran lebih bersifat di dalam skala kecil; di mana seorang guru hanya akan mengajar di dalam kumpulan kecil di antara sehingga 10 orang sahaja di dalam satu sesi.
saya dapat perhatikan berlaku perubahan di dalam penguasaan ilmu ini kepada pelajar.


dan kamu boleh tambah kalau kamu rasakan perlu.
kalau boleh, nyatakan dengan bukti.

erm..ada jugak soalan2 lain...
eg:

sila nyatakan set induksi yang boleh cikgu buat untuk subjek cikgu?
sila nyatakan perdana menteri dan negara mereka?
sila nyatakan matawang dan negara mereka?
sila nyatakan nama menteri berserta portfolio mereka?
sila bincangkan satu isu semasa di dalam dunia pendidikan kita?
sila pilih satu isu semasa peringkat dunia dan bincangkan.
dan lain2 hal tu, kalau korang rasekan perlu, eloklah pi carik bahan, pi google dan fahamkan isinya. Yang penting ialah kerjasama! persediaan yang rapi...

Jadi, cikgu muzem dan mereka yang akan menempuhi temuduga SPP dalam jangka masa terdekat atau terjauh ni, selamat berjaya.
Aku doakan sentiasa yang terbaik untuk korang semua...

Selamat semuanya, InsyaAllah...!

AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ARAH PENINGKATAN PRESTASI

Amalan Pengajaran & Pembelajaran Ke Arah Peningkatan Prestasi
AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ARAH PENINGKATAN PRESTASI (Suatu pengalaman untuk dikongsi) Oleh : Hj.Samsudin bin Md Noor Guru Cemerlang Pendidikan Islam Gred Khas ( JUSA ) C
SMK Model Khas Baling, Kedah
Pendahuluan Peranan guru bukan sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik, pembimbing, pengajar, pengurus, pengarah, penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama. Perancangan Awal Perancangan strategik lima tahun dan tahun semasa perlu diadakan supaya apa yang dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai panduan pelaksanaan sepanjang tahun dan strategi masa hadapan. Perancangan strategik perlu dimasukkan 'target' atau pelunjuran yang hendak dicapai, biasanya 'target' itu adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya. Perkara yang lebih penting untuk diutamakan dalam perancangan itu ialah aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan bagi mencapai target. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi program-program pengajaran dan pembelajaran berkesan, kelas tambahan, kelas pemulihan, kelas pengukuhan dan pengayaan, projek-projek akademik dan kegiatan ko-korikulum. Perancangan awal yang perlu dilakukan iaitu penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran selain daripada buku teks seperti nota-nota tambahan, bahan-bahan 'power points', CD, VD, dan bahan bantuan mengajar bagi mempermudahkan murid memahami sesuatu tajuk. Guru sepatutnya membuat pengukuran masa bagi sesuatu topik yang hendak diajar, ada topik yang diselesaikan dalam satu masa dan ada yang perlu lebih dari satu masa. Perancangan kemudahan pembelajaran murid, seperti keadaan kelas yang lebih kondusif, kemudahan peralatan kegunaan pelajar. Jika tiada masalah kertas-kertas, pelbagai jenis pen yang dakwatnya berbagai warna , yang boleh memberi keseronokan kepada murid untuk belajar disediakan oleh guru, kemungkinan peruntukan kewangan sekolah boleh digunakan untuk tujuan ini atas budibicara pentadbir sekolah. Keadaannya menjadi lebih baik jika guru berusaha adakan sebuah Bilik Khas Pendidikan Islam (jika ada bilik yang kosong), Perancangan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun seharusnya mengikut agihan yang telah ditentukan dan guru boleh mengambil daya anisiatif supaya sukatan pelajaran dapat diselesaikan lebih awal. Guru boleh menggunakan masa-masa baki untuk tujuan pengayaan, pengukuhan, pemurnian, pemulihan, peningkatan kemahiran menjawab dan sebagainya sebelum tiba masa peperiksaan yang sebenar. Siapa Guru Di Hati Murid Usaha menarik minat murid mendampingi guru adalah satu langkah yang cukup berkesan untuk menarik mereka menyukai mata pelajaran yang diajar. Guru yang memiliki penampilan diri yang baik akan memberi bonus kepadanya kerana secara tidak langsung ia menjadi idola kepada murid terutama murid di kelas yang beliau ajar. Pandangan pertama iaitu pakaian yang sentiasa kemas pada setiap hari persekolahan, kesungguhan dalam pekerjaan, dedikasi dalam menyampaikan ilmu, bersikap adil kepada semua murid, sentiasa bertimbangrasa dan penyayang, mesra dan sentiasa nampak periang, sentiasa tenang dan berhati-hati dalam tindakan supaya tidak tersalah langkah, beretika dan boleh diteladani, berwatak tegas tetapi amat berhemah dalam tindakan, sentiasa memelihara disiplin diri, bersifat cekal dan sabar, berprinsip tetapi bersifat terbuka untuk menerima berbagai pandangan, berilmu dan mahir dalam bidang kerjayanya, sentiasa mengharga masa, 'komited' dengan tugas, memiliki idea-idea yang bernas, kreatif dan inovatif, berwibawa, sedia berkorban masa dan wang ringgit serta berketrampilan adalah antara ciri-ciri personaliti yang boleh menawan hati murid-murid.Kekemasan tempat atau bilik guru sebagai tempat untuk guru melaksanakan kerja-kerja rutin juga menjadi perhatian murid. Mereka begitu gemar datang berurusan dan berjumpa untuk menyelesaikan berbagai masalah atau meminta guru menilai tahap pencapaiannya jika tempat itu kelihatan kemas dan tersusun yang mencerminkan perwatakan guru yang sebenar. Buku rekod sebagai buku penting yang perlu disediakan dengan kemas dan rapi serta lengkap menjadikan guru berkenaan mendapat keyakinan yang dihati pentadbir dan murid-muridnya. Begitu juga dengan kekemasan kerja-kerja yang lain yang boleh dinilai baik oleh murid, rakan sejawatan dan pentadbir sebagai guru yang memiliki komitmen yang tinggi. Guru boleh membuat berbagai program di luar bilik darjah yang bertujuan merapatkan diri dengan mereka. Antaranya, membuat jamuan makan sekali atau dua kali setahun, membawa mereka ke tempat rekriasi melalui program Pendidikan Islam, lawatan ke tempat-tempat tertentu, berkunjung ke rumah salah seorang murid, terutama yang sakit, program menelaah bersama di waktu petang dan sebagainya.Aktiviti membaca yasin, solat hajat sebulan sekali dan lebih kerap di masa hampir dengan tarikh peperiksaan menyebabkan mereka terasa seolah-olah guru itu mengambil berat dan prihatin ke atas mereka. Kebijaksanaan berkomunikasi dengan murid-murid, memahami perasaan mereka melalui pendekatan kesedaran emosi seperti mengambil berat tentang permasalahan mereka, bersimpati dan empati, cuba penyelesaian kekusutan yang berlaku ke atas mereka, dan sebagainya akan mendekatkan lagi mereka dengan guru. Melalui cara ini murid mudah mematuhi segala yang dihajati guru. Gerakerja guru yang menampakkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap guru. Guru sewajarnya memiliki keperibadian yang tinggi, berpengetahuan luas tentang tajuk yang hendak diajar, serta berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, kemerlangan dalam mengurus bilik darjah, dan menampakkan personaliti sebagai guru yang berwibawa. Oleh itu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan, bijak mengurus masa secara optimum, berupaya meningkatkan prestasi murid, dan bijak mengawal disiplin akan meningkatkan keyakinan murid terhadap kemampuan guru. Guru Dan Bilik Darjah Pada peringkat awal, murid-murid akan membuat berbagai tanggapan atau persepsi terhadap guru yang akan masuk ke kelas mereka. Mungkin murid-murid sudah tahu tentang latarbelakang guru itu secara tidak langsung sebelum ini, kerana mereka sudah dua atau tiga tahun belajar di sekolah ini cuma belum pernah belajar dengannya. Sebaliknya terdapat juga murid langsung tidak tahu tentang guru itu, kerana dia mungkin murid yang baru di sekolah itu atau murid ini hanya tahu guru yang mengajarnya sahaja. Berkenalan dengan murid yang akan diajari adalah suatu yang tidak boleh diabaikan kerana pernilaian murid ke atas diri guru pada hari pertama akan diterjemahkan terus ke dalam minda mereka tentang perwatakan guru itu. Murid bertanggapan guru itu garang jika guru itu bermula dengan watak tegas. Murid juga mungkin bertanggapan guru ini boleh dipermainkan kerana perwatakan yang tersangat lembut atau tidak serius. Semasa inilah guru perlu memainkan peranan yang cukup bijak bagi menawan hati mereka seperti memuji mereka dengan kata-kata yang menggambar guru itu amat sayang kepada mereka. Ketika itu juga guru berusaha dengan kata-kata bersemangat dan menampakkan kesungguhan untuk menjadikan mereka murid yang berjaya, murid yang baik, murid yang memiliki keyakinan diri yang tinggi. Beberapa peraturan yang mesti dipatuhi yang menampakkan ketegasan tetapi berhemah serta memiliki sifat keterbukaan dalam menerima pandangan serta bersedia melakukan perubahan. Guru memperincikan bahan-bahan yang perlu disediakan oleh mereka dan bahan yang akan disediakan oleh guru sendiri supaya murid mengetahui bahawa gurunya bersedia untuk mengajar mereka. Jika sekiranya menjadi guru kelas berkenaan maka kesediaan guru untuk menjadikan kelas ini lebih ceria dan menarik menjadikan murid-murid berkeyakinan terhadap gurunya itu. Mengenali nama setiap murid di kelas tersebut adalah satu pendekatan yang baik. Murid akan menampakkan lebih mesra jika disebut nama mereka semasa berkomunikasi. Berbagai cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengingati 'nama-nama mereka seperti bertanya nama setiap kali hendak bercakap dengan mereka, atau memasukkan foto-foto mereka dalam komputer peribadi untuk diingat setiap hari. Dalam masa yang singkat guru dapat mengingati semua nama mereka. Guru juga boleh menyatakan beberapa ganjaran yang akan diberikan kepada murid jika mereka bersedia untuk memberi kerjasama semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku atau pencapaian kemajuan murid bertambah baik dari masa semasa, seperti berjanji untuk bawa mereka ke tempat perkelahan atau lawatan ke mana-mana atau berjanji untuk menghadiahkan sesuatu. Guru sewajar menunaikan janji-janji itu supaya murid tidak kecewa dengan sikap guru yang dianggap berpura-pura itu. Saya pernah berjanji untuk membuat jamuan makan kepada mereka, membawa mereka ke tempat rekriasi, memberi hadiah tertentu, dan saya tunai setelah mereka tunjukkan peningkatan. Pengajaran Dan Pembelajaran Objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai apabila murid mengetahui dan memahami tajuk yang diajar, kemudian mampu menganalisa dan membanding beza serta membuat penilaian serta mampu untuk mengaplikasi dalam situasi yang tertentu. Guru perlu memahami modul pengajaran dan pembelajaran yang bermula dengan set induksi, perkembangan isi mengikut aras serta menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai, penerapan prinsip-prinsip Islam Hadhari, rumusan, tugasan dan ulasan kendiri. Biasanya apabila loceng berbunyi, guru akan masuk ke bilik darjah berkenaan atau murid –murid datang ke Bilik Pendidikan Islam. Ketika ini guru menunjukkan sikap kesungguhan untuk masuk ke kelas itu, dengan gaya berjalan yang laju serta membawa beberapa bahan yang diperlukan atau menjemput mereka supaya bergerak pantas ke Bilik Pendidikan Islam. Apabila melangkah masuk teruskan memberi salam, mereka bangun dan membaca doa dengan ikhlas dan khusyuk supaya mendapat keberkatan Allah SWT. Selepas itu, guru meminta mereka bersihkan kelas, kemaskan diri, meja, kerusi, dan apa sahaja yang kelihatan tidak menceriakan sebagai suatu cara untuk mendidik dan memperadabkan mereka sebelum mereka menerima pelajaran. Guru bertanyakan mereka, seperti 'apa khabar semua', 'ada yang sakit atau yang tidak sihat','siapa yang ada apa-apa masalah,' 'ustaz nampak semuanya seronok, ini yang menjadikan ustaz pun seronok hendak mengajar'. Pertanyaan-pertanyaan dan kata-kata begini adalah sentuhan awal supaya mereka seronok dengan kedatangan guru itu. Guru memuji dengan perkataan, 'bagus' supaya murid merasakan mereka dihargai, dan cuba berjenaka dengan mereka seperti memberi satu teka-teki dan sebagainya. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan sesuatu, atau menceritakan satu cerita pendek atau apa sahaja sebagai set induksi. Apabila sesuatu tajuk disentuh, guru cuba bertanya tentang beberapa pengalaman mereka yang ada kaitan dengan tajuk berkenaan. Murid-murid membuka buku teks bagi tajuk berkenaan, nota tambahan yang disedikan guru sebagai 'hand out', dan kertas A4 untuk dibuat peta minda. Guru juga mempamerkan bahan maklumat melalui 'slide' yang ditayang dengan bantuan 'LCD' atau menggunakan teknik-teknik yang lain. Guru berbincang dengan murid secara bersahaja, tentang tajuk yang dipelajari, murid berbincang sesama mereka, membuat peta minda, bersoal jawab, guru memberi persoalan untuk diselesaikan oleh murid sendiri, murid membuat aktiviti kumpulan, guru membuat penilaian mengikut aras, dan berbagai aktiviti lain yang boleh merangsangkan minat murid. Di samping itu guru sentiasa berjenaka dan memberi perangsang serta memuji sebagai penghargaan bagi semua kerja yang sedang mereka lakukan. Guru sepatutnya tidak menyampaikan ilmu secara sehala, dari awal hingga akhir kerana teknik ini ternyata membosankan murid.Peranan otak kiri dan otak kanan perlu diseimbangkan. Otak kiri memberi penekanan kepada bahasa, rumusan matematik, lojik, urutan, nombor, analisi dan lirik lagu. Otak kanan memberi penekanan kepada bentuk dan corak, maipulasi ruang, imiginasi, angan-angan, dan rentak lagu. Maka peranan guru mempastikan kedua-dua otak itu berfungsi dengan baik. Apabila mereka seronok dengan pembelajaran seperti ini menjadikan mereka terasa masa berada di kelas terlalu sebentar dan kadang-kadang mereka akan terus berada di kelas ini walaupun loceng telah berbunyi kerana kemungkinan selepas ini tiada guru yang datang ke kelas mereka.Pendekatan cara bermain atau berintraksi bersama mereka semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan menjadikan mereka semakin berani mengeluarkan berbagai idea secara spontan dan berani bertanya tentang perkara-perkara yang mereka tidak faham sebab mereka tidak merasa tertekan dan hati dan perasaan mereka sentiasa tenang. Mereka sendiri memahami apa yang terkandung dalam buku, guru hanya bertindak sebagai fasilitator yang hanya menekan aspek-aspek tertentu dalam kandungan itu. Murid-murid ternyata lebih gemar membuat peta minda setelah mereka dilatih untuk membuatnya berkali-kali dan seolah-olah menjadi 'kegilaan' kepada mereka. Kelebihan membuat peta minda ialah mereka dapat menguasai semua isi yang terkandung dalam buku atau nota, dan mereka hanya menggunakan bahasa dan ayat-ayat sendiri ketika menjawab soalan, tidak bergantung ayat-ayat yang terdapat dalam buku. Oleh itu minda mereka akan lebih terbuka, di samping melatih mereka berfikiran kreatif dan kritis. Kadang-kadang guru berhadapan dengan murid yang lambat faham akan sesuatu tajuk atau isi kandungan. Pendekatan yang digunakan antaranya menjadikan rakannya sebagai 'guru' untuk menjelaskan perkara tersebut, menggalakkan pelajar berkenaan segera bertanya rakannya yang berdekatan atau mereka akan bangun bertanya rakan yang lebih meyakinkannya. Murid berkenaan tidak segan silu untuk terus bertanya dengan guru. Guru mengulangi semula dengan pendekatan yang lebih mudah atau membina soalan untuk dibincang dalam kumpulan setelah mengenalpasti ada murid yang masih belum faham kandungan tersebut. Pendekatan-pendekatan yang lebih mudah, meringankan bebanan murid dan meningkatkan minat untuk terus menyelesaikan tugasan bagi tajuk berkenaan. Contohnya, murid yang sukar menghafaz ayat-ayat al-Quran bagi tingkatan empat, guru memberi kebebasan kepada murid bertemu dengan guru untuk menghafaz ayat-ayat itu di hadapan guru, guru boleh melantik murid-murid yang cemerlang menjadi naqib untuk mendengar hafazan murid berkenaan, kadang-kadang terdapat murid yang ingin menghafaz sedikit demi sedikit dan akhirnya semua ayat tersebut telah berjaya di hafaz atau pun menggunakan pelbagai pendekatan yang disukai oleh murid berkenaan dan guru sepatutnya melayan kehendak mereka. Bagi murid-murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran, guru boleh menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Contohnya, menjemput mereka berkumpul di suatu bilik yang tidak disertai oleh murid-murid lain. Guru memberi semangat, perangsang, serta mencerita kelebihan-kelebihan apabila boleh membaca al-Quran. Guru meminta pandangan mereka tentang cara yang kehendaki supaya mereka boleh mereka lakukan dan matlamatnya mereka boleh membaca al-Quran. Guru juga memberi cadangan, misalnya, guru memberi jaminan kepada mereka bahawa mereka boleh membaca al-Quran jika mereka mengikuti teknik dan kaedah yang akan di bawa oleh gurunya itu tetapi mereka hendaklah melakukan latihan berterusan di rumah atau di luar bilik darjah. Gabungan kaedah Iqrak, Qiraati dan Hattawiyah boleh digunakan tetapi guru hendaklah sentiasa memantau perkembangan mereka dengan memberi galakan, pujian, ganjaran, penghargaan berterusan. Murid-murid ini kadang terasa malu disebabkan kelemahan mereka. Oleh itu guru tidak perlu menggunakan kaedah yang menyebabkan mereka menjadi malu, seperti menyuruhnya membaca dengan kuat di hadapan kelas, sebaiknya mereka di bawa ke tempat lain atau membaca dalam kumpulan yang sama atau membaca secara beramai-ramai. Jika mampu selalu berjumpa mereka untuk berbincang dan sekali sekala jemput mereka makan di kantin dan sebagainya supaya mereka dapat merasai bahawa guru itu benar-benar untuk membantu mereka menguasai bacaaan al-Quran. Setelah mereka berjaya membaca maka berilah penghargaan berupa sijil di perhimpunan sekolah. Apabila mereka merasakan seronok belajar Pendidikan Islam maka mereka akan berusaha untuk memahami tajuk yang sedang dipelajari. Di samping galakan dan motivasi guru yang berterusan. Dengan wajah keriangan yang ditunjukkan oleh guru, serta menampakkan kesayangan guru itu terhadap murid, menjadikan mereka terasa bersalah jika mereka tidak mendengar nasihat-nasihat yang dilontarkan oleh guru. Guru juga hendaklah menunjukkan ketegasan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, tetapi ketegasan itu dilakukan dengan senda gurau, sambil mengenakan sedikit denda terhadap mereka, dan mereka bersedia untuk menerima dengan lapang dada seperti menarik sedikit telinga sebagai menandakan guru tidak gemar dengan perlakuan tersebut. Murid yang sememangnya sayang kepada gurunya itu, dengan cepat memohon maaf, dan guru terus maafkan dan letakkan tangan dibelakang mereka atau memuji mereka supaya mereka tidak merasakan sesuatu yang boleh menjejaskan penumpuan terhadap pelajaran yang sedang dihadapi itu. Denda atau hukuman yang boleh menjatuhkan maruah dan memalukannya sepatutnya dielakkan supaya murid berkenaan tidak tertekan, akibatnya murid berkenaan mungkin membuat tindakan negatif seperti tidak datang ke sekolah, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. Penggunaan alatan bantuan mengajar, model-model tertentu, atau kepelbagaian kaedah yang lebih kepada berpusatkan murid. Pendekatan, modul atau kaedah seperti Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Kerjasama, Kontruktivisma, Pembelajaran Kontektual, adalah di antara kaedah yang boleh digunakan mengikut kesesuaian tajuk, kemampuan murid, dan kebijaksanaan guru mengaplikasikannya supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang memberangsang minda mereka. Kesannya, murid mudah faham dan minat mereka untuk meneruskan pembelajaran dan mereka tidak menunjukkan perlakuan yang bermaksud bosan dengan cara guru menyampaikan pengajaran. Contohnya, tajuk cara menyempurnakan ibadah haji dan umrah. Model-model berbentuk replika seperti model kaabah, jamrah, tempat saei, tempat wukuf, Mina dan Muzdalifah serta Miqat Makani. Guru menggunakan beberapa murid untuk menunjuk cara, simulasi, main peranan dan sebagainya. Penggunaan pendekatan ini, murid akan lebih mudah faham dalam masa yang singkat. Bagi meningkatkan pencapaian murid dalam bacaan dan tulisan jawi, maka tindakan yang boleh difikirkan ialah langkah pertama, mengadakan penilaian mudah untuk mengetahui tahap sebenar pencapaian murid berkenaan, bagi murid yang terlalu lemah, diperkenalkan huruf hijaiyah yang dipadankan dengan huruf rumi, kemudian ditingkatkan ke tahap mengenal suku kata hingga seterusnya murid boleh membaca kalimah mudah dan kalimah yang lebih dari dua sukukata hinggalah ke tahap boleh membaca ayat-ayat dan esei. Pendekatan mendekati murid adalah seperti yang telah dijelaskan perlu untuk menarik minat mereka menyintai jawi. Memasang lagu-lagu nasyid atau zikir yang boleh menjadi halwa telinga mereka tetapi diperlahankan suaranya, supaya murid rasa terhibur dan kadang-kadang kandungan lagu itu memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka, juga dapat membantu meningkatkan keseronokan dan minat murid untuk meneruskan pembelajaran. Kebiasaannya guru berhadapan dengan masalah apabila berada di kelas yang terlalu lemah dan kemungkinan terdapat empat atau lima murid yang tidak boleh membaca dengan baik dan yang lain pula bersikap malas, suka ponteng, tidak suka membuat tugasan yang diberikan oleh guru, suka tidur dan sebagainya menyebabkan guru terasa bosan untuk berhadapan dengan mereka. Sebagai guru yang telah diberikan amanah untuk mengajar di kelas yang berkenaan seharus mencari pendekatan yang boleh meningkatkan motivasi dan kecenderungan mereka untuk mengikuti pelajaran yang sedang diajar. Guru sepatutnya mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menambahkan kebencian mereka terhadap mata pelajaran yang diajar atau terhadap guru sendiri. Leteran yang berterusan, menyebut perkara-perkara negatif yang ada pada mereka seperti mengecap mereka sebagai pemalas, pengotor, kaki tidur dan sebagainya akan menghilangkan minat mereka untuk berada bersama guru itu. Pendekatan yang berkesan, murid-murid diberikan perhatian, dan pujian jika mereka melakukan sedikit perubahan ke arah kebaikan. Mulakan pelajaran dengan perkara yang cukup mudah, banyak memberi contoh-contoh, dekat dengan mereka ketika mengajar. Jika mereka tidak faham, cuba ulang bahagian itu melalui kaedah yang berbeza seperti memberi lambaran kerja, bimbing mereka untuk mendapatkan jawapan, gembirakan hati mereka, berjenaka, dan memberi tindak balas positif terhadap perlakuan dan pertuturan mereka. Apabila mereka sudah menampakkan kecenderungan untuk belajar, teruskan memberi galakan, motivasi dan pengharapan yang baik, seperti kata-kata,'saya yakin murid kelas ini boleh lulus pelajaran ini dalam peperiksaan nanti, kerana ustaz sudah nampak ada peningkatan, ustaz seronok jika murid kelas ini berjaya'. InsyaAllah perubahan akan berlaku, sekurang-kurang guru dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan di kelas berkenaan, tetapi amalan ini hendaklah dilakukan berterusan bukan secara sekali sekala. Yang lebih penting guru menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap mereka. Latihan, Penilaian Dan Pentaksiran Aspek yang diberikan penekanan ketika membuat latihan dan menjawab peperiksaan ialah keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab, bukan kerana terpaksa atau dipaksa atau melaksanakan sekadar melepas batuk di tangga, tidak menipu dengan cara meniru rakan secara menyalin semula jawapannya, belajar menerima hakikat iaitu menyatakan kemampuan sebenar supaya guru boleh membuat penambahbaikan, tidak malu untuk menyatakan kelemahan, sedia mendapatkan pertolongan rakan bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman. Akhirnya murid-murid dapat mendengar nasihat guru dan melaksanakan tugasan dengan baik. Sebaik-baiknya, setiap tajuk yang dipelajari diberikan latihan untuk dilaksanakan di minit-minit terakhir dan menyambung tugasan itu di luar kelas atau di rumah sebagai kerja rumah. Guru menggalakkan murid menjawab latihan mengikut teknik jawapan yang betul dan jawapan yang dikemukakan itu adalah betul. Caranya, murid diminta berbincang dengan rakan-rakan sekiranya tidak yakin dengan jawapan yang diberikan itu. Nasihatkan mereka secara ikhlas supaya mereka tidak menyalin terus daripada jawapan rakannya itu. Berikan penekanan bahawa murid yang ikhlas dan yakin dengan pekerjaan akan mudah mencapai kejayaan dan keberkatan. Menjawab soalan-soalan yang diberi oleh guru melalui perbincangan kumpulan juga satu teknik yang boleh membantu murid yang lemah. Setelah mendapat jawapan, masing-masing murid menulis jawapan tersebut. Kemudian ketua kumpulan akan menyemak semula jawapan setiap ahli kumpulan. Guru menunjukkan teknik dan kaedah menjawab soalan yang berkesan diperingkat awal lagi. Guru melatih sehingga mereka faham, kemudian latihan demi latihan mengikut teknik peperiksaan sebenar. Semua guru sepatutnya memahami teknik menjawab soalan peperiksaan awam (PMR dan SPM) supaya murid-murid dilatih sejak di tingkatan satu bagi PMR dan di tingkatan empat bagi SPM. Setiap latihan murid direkod dalam buku rekod dengan memberi markah mudah iaitu A,A-,A+,B,B-,B+,C,C-,C+,D,dan E, rekod-rekod dipamerkan kepada mereka melalui 'LCD', supaya mereka dapat membezakan percapaian mereka dan membandingkan dengan pencapaian rakan-rakan mereka. Guru akan memberi nasihat dan bimbingan kepada pencapaian yang lemah, pencapaian yang masih tidak berubah atau yang menurun. Bagi kelas yang lemah, guru perlu memperbanyakkan soalan-soalan pencapaian rendah dan cuba memberi satu jawapan contoh supaya mereka berminat untuk terus menjawab soalan-soalan itu sehingga selesai. Galakan dan pujian harus diberikan terutama murid yang lemah jika ada sedikit pencapaian, guru perlu membuat pembetulan perkara-perkara yang salah dan berikan sedikit markah bagi jawapan tersebut, supaya murid berkenaan merasakan ada peningkatan dalam diri mereka. Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan Bagi memastikan pencapaian murid terus meningkatkan prestasi maka perlu diadakan program pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Program ini boleh dilaksanakan di masa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru perlu mengenal pasti murid yang masih tidak menguasai topik berkenaan kemudian diberi pemulihan segera, jika tiada kesempatan, program itu perlu dilanjutkan di luar bilik darjah iaitu semasa lapang atau di luar waktu persekolahan. Program pengukuhan dan pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa melalui kelas-kelas tambahan atau tugasan tambahan yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan secara individu atau kelompok. Penekanan secara lebih intensif dilaksanakan sebulan sebelum peperiksaan percubaan. Selepas peperiksaan percubaan guru membuat analisa keputusan untuk melihat kelemahan dan kekuatan murid kemudian tindakan susulan dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran. Penutup Kejayaan seseorang guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang peranan mereka yang sebenar, personaliti, keperibadian, kewibaan dan kesungguhan yang ditonjolkan, kebijaksanaan menawan hati budi murid, sifat pengorbanan dan keikhlasan, di samping perancangan yang teliti dan menyeluruh. Pemantauan dan penyeliaan yang berterusan serta melakukan refleksi bagi tujuan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan merupakan usaha-usaha dilakukan semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Kajian tindakan atau soal selidik boleh dilakukan oleh guru sebagai asas untuk tindakan yang lebih berkesan ke arah peningkatan prestasi murid. Perkongsian bijak dengan rakan-rakan panitia juga salah satu langkah ke arah memeperkasakan pengajaran dan dan pembelajaran. Bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini, guru tidak perlu mengeluh dan merasa kecewa jika usaha-usaha yang dijalankan menemui kegagalan. Usaha dan ikhtiar yang berterusan mengikut pendekatan-pendekatan yang difikirkan wajar hasil daripada kreativiti dan innovasi serta komitmen guru yang tinggi. Kepuasan bagi seorang itu ialah apabila ramai murid yang diajar mencapai kejayaan. InsyaAllah dengan doa dan harapan, usaha yang disertaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan mendapat keberkatanNya jua. Guru di awal gurulah di akhir

Isu j-QAF: Masa Tasmik

MASALAH MASA TASMIK

mengikut pendapat guru jQAF

Assalamu’alaikum wbt..

Tulisan ana hari ini ana tujukan khas buat pelajar2 ana (jQAF IPR Jan2007) dan siapa sahaja yg ada kaitan dgn mereka spt guru pembimbing, GB dan juga sesiapa yang berminat. Ianya sekadar berkongsikan fakta hasil daripada rujukan ana ke atas buku panduan jQAF, perbincangan lisan dengan penyelaras jQAF dan perhubungan telifon dengan pegawai jQAF yang berkenaan di JPN. Namun demikian, tulisan ini tidak boleh dijadikan hujjah sekiranya ia bertentang dengan mana2 dasar KPM yang tidak sempat ana rujuk.

Isunya tentang pengendalian kelas Tasmik model jQAF.

Sebagaimana yang ana faham, secara mudahnya, kelas Tasmik ini semacam kelas mengaji al-Quran (kalau dulu kita mengaji dengan tok2 guru di surau/masjid di kampung), cuma hari ini, atas anisiatif KPM, guru2 jQAF dibayar untuk mempastikan setiap anak orang Islam di Negara kita mengaji al-Quran dan dinamakan kelas/interaksi tersebut sebagai kelas Tasmik. Mengaji di surau kampung pindah ke dlm kawasan sekolah.

Sebenarnya masa interaksi wajib bagi setiap guru jQAF adalah SEKURANG2NYA 25 waktu seminggu. Oleh yang demikian, masa Tasmik ini berubah2 mengikut keadaan seseorang guru jQAF ditempatkan di sesebuah sekolah. Ada yang satu kelas sahaja muridnya, dua kelas tiga kelas dan sebagainya. Jadi bolehlah rujuk buku panduan agihan waktu guru jQAF ini dalam panduan Tahun 1 muka surat 311 hingga 331.

Contoh penyelesaian 1: (menetapkan waktu tasmik) Sekiranya guru jQAF itu major bahasa Arab, dan mengajar dua kelas semester 2 maka dia dah ada 4 masa bahasa arab dan 6 masa al-quran. Jadi perlu lagi 15 masa bagi mencukupkan had minimanya 25 masa, maka 15 masa itu ditetapkan mengajar tasmik yang perlu dilakukan di luar jadual rasmi persekolahan. Rujuk buku panduan muka surat 314. Sekiranya dia mengajar tiga kelas semester 1 pula, dia dah ada 6 masa bahasa Arab dan 12 masa al-Quran, maka masa tasmiknya hanya perlu 7 masa sahaja bagi mencukupkan 25 waktu seminggu. rujuk buku panduan muka surat 315.

Contoh penyelesaian 2 (murid2 terlibat dengan banyak aktiviti rasmi spt KAFA, Sukan dll) Jika ada 3 orang guru jQAF di sekolah tersebut, boleh diadakan sekaligus di surau sekolah dengan murid2 campur dari tahun 1 hingga 3 (atau hingga 4 atau berapa2 sahaja). Murid2 mengajilah dalam surau tu. gurunya pula pilih mana2 3 sudut dalam surau tu, panggillah mana2 pelajar samada thn1,2,3 dll mengadapnya utk tasmik. Spt mengaji di kampung.. Jika ada murid nak ke GERKO lain, kebetulan petang yang sama, ajarlah dahulu, dan minta balik semula ke surau (tpt tasmik tadi) sekiranya aktiviti GERKO telah siap. maksudnya, jika murid tiada apa2 aktiviti rasmi lain maka mesti duduk di tmpt tasmik itu sehingga masa guru tamat walaupun dah baca. Jgn dah baca bagi pulang. Lebih elok lagi ajar murid2 yg lancar dahulu kemudian minta mereka bantu ajar murid2 lemah sebelum murid2 lemah tersebut mengadap guru.

Yang pentingnya, program ini nak pastikan murid mengaji al-Quran. sbb jarang sangat di kampung2 ada tok2 guru yang mengajar al-Quran. Ana dahulu (masa kecik2) jika tak habis semua orang baca, tak boleh balik rumah. kena tunggu. bacalah kita al-quran tu hingga berkali2. esok datang, dapat pindah (org klantan kata dapat alih).

Murni sungguhnya hasrat dan cita2 program ini. Tinggal lagi kita laksanakannya dengan secara yang paling baik kita dapat. bukan sekadar melepaskan batuk di tangga yang penting hujung bulan dapat gaji. Jika dapat, jgn bagi murid2 stay, bagi mereka balik dulu, makan, solat dll macam kita mengaji dulu lah. kemudian datang ngaji. kini datang tasmik. Mudah2an generasi akan datang akan membentuk fenomena umat Islam yang lebih baik dari hari ini.

Sekian, harap maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tolong betulkan jika ada kesalahan fakta bagi mereka yang lebih mengetahui. Wallahu aklam.

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah satu teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan faktor situasi, persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru.oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira.

Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif pengajaran, sekaligus dianggap kurang berkesan.kelemahan ini akan mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan menjejeskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan generasi yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani.

Justeru, untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan dalam pengajaran, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang perguruan.

Bagi mengatasi masalah pengajaran yang kurang berkesan yang dihadapi Cikgu Azizah ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas 5 amanah, sekolah kebangsaan Sri Murni, terdapat 3 langkah yang perlu diambil iaitu:

1)Langkah pertama: mengenal pasti masalah.

-Murid-murid kurang faham isi pelajaran.

-Sukar mengingati fakta penting.

-Kurang tumpu perhatian

-Menunjukkan sikap kurang minat belajar.

2)Langkah kedua: mencari punca masalah.

Murid keliru, tidak faham dan tidak dapat mengaitkan isi pelajaran yang telah dipelajari dengan yang baru dipelajari kerana maklumat yang diterima tidak teratur dan tersusun.

Murid-murid tidak memperolehi maklumat yang jelas ketika sesi awal pembelajaran mengenai satu-satu topik.akhirnya, agak sukar bagi mereka untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya serta tidak boleh mengingati fakta-fakta penting dalam tajuk tersebut.

Murid-murid tidak mampu membezakan jenis rangsangan yang perlu diutamakan. Kesannya, mereka kurang tumpuan ke arah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

Kurangnya motivasi dalam aktiviti pembelajaran juga menyebabkan murid-murid tidak minat terhadap apa yang disampaikan guru.

3)Langkah ketiga: cadangan menyelesaikan masalah.

Secara umumnya, empat masalah utama yang dihadapi cikgu dalam pengajarannya boleh diatasi dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut

i)Pengaplikasian teori-teori yang sesuai dalam pengajaran.

ii)Menekankan proses pengajaran dan pembelajaran secara peringkat-peringkatnya.

iii)Memilih strategi pengajaran dan bembelajaran yang sesuai dengan situasi murid.

Ketiga-tiga aspek tersebut akan dibiancangkan secara terperinci pada bahagian seterusnya yang didahului dengan penjelasan konsep pengajaran dan pembelajaran secara umum.

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan system aktiviti –aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku dikalangan mereka.Proses pengajaran merangkumi perancangan,pengelolaan,penyampaian,bimbingan dan penilaian.Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan.

Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya.Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap.

Pengajaran bermaksud aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid.

Ciri-ciri pengajaran

Pengajaran juga membawa makna pencapaian atau tugasan.Proses pengajaran melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid.Pengajaran, selain daripada guru dan murid,meliputi rancangan mengajar,objektif pelajaran,tempat belajar,alat Bantu mengajar serta strategi,kaedah dan teknik mengajar. Di dalam aktiviti pengajaran,guru memainkan peranan sebagai pengajaran dan murid memainkan peranan sebagai pelajar.Aktiviti yang paling rapat dengan pengajargsi an ialah instruksi (mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman.

Model Pengajaran

Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada beberapa model pengajaran.Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sessi p&p yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid.Di antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah :



-Model Ekspositori

-Model Pemerosesan Maklumat

-Model inkuiri

-Model Projek

1)Model Ekspositori

Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta,hokum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.

Contoh:-Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961).

2)Model Pemerosesan Maklumat

Contoh Model:

a)Teori Pemerosesan Maklumat R.M Gagne.

-Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi.

-Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui deria,selepas itu maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan,kemudian ia di hantar kepada stor jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf.

-Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne.

Ø Fasa motivasi – Jangkaan

Ø Fasa kefahaman – Pemerhatian –Simpanan Persepsi

Ø Fasa Perolehan – Pengekodan – Simpanan Awal

Ø Fasa Penahanan – Penyimpanan – Stor Ingatan

Ø Fasa Ingatan Kembali – Mengingat Kembali – Mencari

Ø Fasa Generalisasi – Pindahan

Ø Fasa Prestasi – Gerak balas

Ø Fasa Maklum balas – Peneguhan



Lapan jenis Pembelajaran Untuk Memperolehi Maklumat

Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks:

1)Pembelajaran Melalui isyarat

-Berbentuk primitif.

Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.

2)Pembelajaran stimuli-tindak balas

-Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu.

Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya.

3)Pembelajaran Melalui Rantaian

-Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.

Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan .

4)Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal

-Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.

Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.

5)Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.

-Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.

Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak,bela.

6)Pembelajaran konsep

-Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan symbol berdasarkan cirri-ciri yang sama.

Contohnya:Beg,buah-buahan,buku.

7)Pembelajaran prinsip.

-Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.

Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.

8)Pembelajaran penyelesaian masalah

-Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.

Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik.

Model Taba

Ø Menekankan pembentukan Konsep;konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sisitem yang sesuai.

Ø Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu:

1)Peringkat penyusunan data

Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan cirri-ciri persamaan dan perbezaannya.

2)Peringkat membentuk konsep

Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.

3)Peringkat membentuk hokum

Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibentuk dalam peringkat 2.

4)Peringkat aplikasi

-Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.


3)Model Inkuiri

Ø Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat.

Ø Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali membuat rumusan.

Ø Contoh:

a)Model Inkuiri Sains (Model Dewey)

-digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains.

-berlandaskan kepada 5 langkah:


MENGENAL PASTI MASALAH à MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN à MEMBUAT HIPOTESIS à MENGUJI HIPOTESIS à MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN

b)Model Inkuiri Sosial

Ø Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Ø Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik.

Ø Merangkumi 6 langkah:


PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURUàPEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURIDàMEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESISàPERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESISàMENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESISàMEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN

C)Model Inkuiri Jurispudential
Ø Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu.Ia juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.
Ø Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.
Ø Terbahagi kepada 2: -
i)-Inkuiri Terbimbing
à Melalui bimbingan guru
àSesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah.

ii)-Inkuiri Terbuka

àTidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan olehmurid sendiri.

àSesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.

iii)Inkuiri Suchman

àBerlandaskan andaian bahawa strategi –strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah,khasnya mata pelajaran sains.



4)Model Projek

-Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965).

-Menekan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang.

-Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian luar dan lawatan.


KONSEP PEMBELAJARAN

Pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan.Ia berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan.(Kamaruddin Hj.Husin,hal. 93).Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh kebiasaan,pengetahuan dan sikap yang positif.

Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil disebabkan oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan.

Proses pembelajaran bukan disebabkan oleh factor kematangan atau factor-faktor perubahan konstitusi badsan. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baru dan penyelesaian sesuatu masalah boleh dianggap sebagai sebahagian dsripada prosese pembelajaran.

Ciri-ciri pembelajaran

-Ia adalah proses yang berterusan.

-Ia boleh berlaku secara disedari atau tidak disedari.

-Ia melalui proses yang spesifik seperti rajah dibawah:

Proses pembelajaran

-Rangsangan dan persekitaran

(guru, buku, ibu bapa, rakan, filem)

-rangsangan sesuai dipilih oleh organ deria.

(rangsangan positif dan bermakna)

-rangsangan diproses dalam otak untuk diberi makna dan diterima.

(pemikiran dan pengalaman, pemikiran refleksi, analisis, dan penilaian)

-pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.

(diterima dan kekal dalam ingatan untuk dipanggil semula)

-mengamalkan pengalaman atau pengetahuan baru dalam suatu situasi yang sesuai dan sepadan.

(pemindahan pelajaran dalam situasi yang sama).

-Perubahan tingkah laku.

(pembelajaran sebenar)