Selasa, 18 Ogos 2009

Doa jauhi wabak penyakit: Yang betul dan salah

Doa jauhi wabak penyakit: Yang betul dan salah
Pada hari Jumaat lepas semasa perhimpunan pagi, ketika baru hendak memulakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Hajat -yang memang diadakan pada setiap minggu-, saya telah menerima sehelai kertas yang diedarkan oleh seorang ustazah kepada setiap guru dan murid Tahap 2.
Kertas tersebut mengandungi Doa Jauhi Wabak Penyakit seperti di bawah ini:


Doa yang disediakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan



Doa yang disediakan oleh puak Syiah


Lantas saya bertanyakan ustazah tersebut: "Ustazah dapat kat mana doa ni?"

"Ada parent bagi ustaz, jadi saya pun fotostat banyak-banyak untuk edar kepada semua guru dan murid Tahap 2"

Sebelum majlis dimulakan, terlebih dahulu saya memaklumkan kepada semua guru dan murid tentang kertas doa yang telah diterima.

"Untuk makluman semua, yang muka surat pertama doa yang disediakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan itu memang betul, tapi yang muka surat dua tu adalah 'doa Syiah', salah ye, tak betul dan tak boleh pakai"

Saya tidak menjelaskan kepada mereka di mana kesalahan 'doa Syiah' tersebut tetapi ia mengandungi unsur syirik iaitu bertawassul dengan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW (Al-Mustafa) iaitu ditambah dengan Saidina Ali RA (Al-Murtadha), Saidatina Fatimah RA dan dua anak mereka (Hasan dan Husein).

Kemudian, saya menasihatkan:

"Ini masalah kita dengan internet. Kita tidak tapis dan ambil apa sahaja maklumat yang diterima tanpa usul periksa. Kita kena berhati-hati terutamanya yang berkaitan dengan sumber ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan agama"

Internet memang satu kemudahan zaman sekarang yang memudahkan penyampaian ilmu dan maklumat berkaitan agama Islam. Tetapi, ia tetap bukan GURU kita. Tiada istilah 'Syeikh Google' dalam pengajian dan pendidikan Islam. Jika ada, ramai guru agama termasuk saya terpaksa meletakkan jawatan.

Jika tidak pasti dengan sesuatu ilmu dan maklumat yang berkaitan agama, tanyalah kepada GURU YANG BOLEH DIPERCAYAI. Jangan disebabkan kononnya hendak mengejar pahala mudah dengan menekan butang send, kita sebenarnya telah mengundang dosa.

Tiada ulasan: