Ahad, 11 Oktober 2009

ISU SEBATAN : NGO ISLAM VS JAG, SIS

Isu Sebatan: NGO Islam vs JAG, SIS
KENYATAAN MEDIA
2 OKTOBER 2009
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) ISLAM
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

"JANGAN BIADAB! HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUANTAN"

PERNYATAAN PENDIRIAN

Kami NGO Islam di Negeri Pahang membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) yang meminta untuk membatalkan hukuman sebatan syarie terhadap Puan Kartika Dewi binti Shukarno. Kami juga menyokong sepenuhnya hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan di Negeri Pahang. Kami menyokong sepenuhnya sikap dan pendirian Puan Kartika Dewi binti Shukarno dan keluarganya berhubung dengan kerelaannya menerima hukuman yang bakal dilaksanakan.

PREMIS

* Kesalahan meminum arak yang telah disabitkan terhadap Puan Kartika Dewi binti Shukarno dan hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya ialah denda RM 5,000.00 dan 6 sebatan syariah.

* Hukuman tersebut adalah berdasarkan kepada Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang telah diperkenankan oleh KDYMM Sultan Pahang dan terpakai ke atas setiap orang Islam di Negeri Pahang.

* Wujud pihak tertentu dengan sengaja cuba untuk menimbulkan kesangsian terhadap keadilan Mahkamah Syariah yang berfungsi dalam menguatkuasakan Perundangan Syariah di Negeri Pahang.

* Wujud dakwaan kononnya perlaksanaan hukuman syariah terutamanya sebatan terhadap wanita boleh menjejaskan imej negara dan menghalang kemasukan pelaburan asing ke dalam negara.

* Wujud usaha yang berterusan untuk memburukkan imej perundangan syariah di Malaysia dengan menggunakan takrifan kebebasan individu di dalam Perlembagaan Persekutuan secara sewenang-wenangnya sehingga menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat.

* Timbul pemikiran yang menyeleweng bagi tujuan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam terhadap perundangan syariah dan penyelewengan tersebut sedang diusahakan untuk disebarkan ke dalam masyarakat.

Maka dengan ini kami:

1. Menuntut Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters in Islam (SIS) menarik balik kenyataan yang mengatakan hukuman sebaran syarie adalah kejam.

2. Menuntut JAG dan SIS meminta maaf secara terbuka kepada semua Umat Islam kerana menghina hukum Islam dan Mahkamah Syariah yang menjalankan perlaksanaan perundangan Syariah.

3. Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang telah diperkenankan oleh KDYMM Sultan Pahang. Menghina Undang-Undang Syariah adalah bererti menghina KDYMM Sultan Pahang sendiri.

4. Menuntut agar penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam.

5. Mendesak agar kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan Islam dan perundangan Syariah yang telah dijamin kedudukannya di dalam perlembagaan negara.

6. Meminta semua pihak menghormati segala keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan berhenti dari membuat kenyataan yang provokatif berkaitan dengan kes Kartika Dewi binti Shukarno.

7. Meyanjung tinggi kerelaan dan persetujuan Kartika Dewi binti Shukarno untuk menerima hukuman tersebut di atas kesedarannya dan keinsafannya, yang mana ini boleh mengangkat maruah dan martabat beliau sendiri di sisi Islam.

Maka dengan ini kami NGO Islam di Negeri Pahang menyokong sepenuhnya keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan perlaksanaan hukumannya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Oleh :
1. Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Pahang – ABIM
2. Peguam-Peguam Syarie Negeri Pahang
3. Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang – JIM
4. Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) Pahang
5. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Pahang
6. Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Negeri Pahang
7. PEKIDA Negeri Pahang
8. Badan Nadwah Islamiah Pahang – NADWAH
9. Wadah Pencerdasan Ummah Negeri Pahang – WADAH
10. Ikatan Pengajian Islam Pahang
11. Majlis Kebajikan India Muslim Pahang – MKIMP
12. Persatuan Melayu Kuantan
13. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Negeri Pahang – PERKIM
14. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Pahang – PKPIM

Sumber:
Utusan Malaysia Online (3 Oktober 2009)
Facebook

Berikut pula adalah ulasan saudara Nasir Desa dari Pejabat Peguam Negara (melalui emel kolejislam@yahoogroups.com):

"Dalam menghadapi Isu Sebatan Kartika, sedar atau tidak, kumpulan-kumpulan NGO bukan Islam dan SIS yang bergabung dalam JAG- Joint Action Group for Gender Equality telah mendesak Kerajaan menghapuskan undang-undang kesalahan jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa melalui memorandum mereka kepada pada PM pada awal Ramadhan lalu. Desakan itu diulangi lagi melalui kenyataan akhbar bersama yang disiarkan dalam The Star bertarikh 1 Oktober. Tuntutan Biadap JAG dan SIS itu sangatlah besar implikasinya terhadap umat Islam di Malaysia.

Beberapa NGO Islam termasuk ALKIS, PGSM, Peguam Muslim, JIM dan ABIM telah mengadakan perbincangan secara mengejut pada 1 Oktober lalu dan telah membuat kenyataan akhbar.

Kenyataan akhbar juga dibuat oleh beberapa NGO di peringkat Negeri. Namun fokus mereka hanyalah kepada isu sebat, sedangkan JAG SIS dan NGO lain sudah membuat desakan yang jauh lebih serius, iaitu hapuskan undang-undang kesalahan jenayah Syariah.

Pemikiran SIS dan JAG serta golongan yang sealiran dengan mereka ini perlu dibendung. Namun begitu media terlalu berpihak kepada mereka. Lihat saja tulisan Zainah Anwar dalam the Star hari ini.

Kita bercadang untuk mengadakan bantahan yang lebih besar dan melibat lebih banyak NGO dan umat Islam. Saya pohon kerjasama sahabat-sahabat sekelian untuk menyebar luas kepada seramai mungkin umat Islam mengenai desakan biadap JAG dan SIS ini supaya umat Islam lebih kenal siapa sebenarnya mereka ini. Bagi para pendidik, para pensayarah dan ahli akademik serta semua bijak pandai ALKIS (Alumni Kolej Islam) perlu ke medan untuk mengahadapi aliran pemikiran bahaya SIS dan yang sealiran dengan mereka ini. Kita perlu ambil seruan PM supaya diperhebatkan kembali proses TARBIAH di kalangan umat Islam bagi membendung gejala keruntuhan moral yang sedang berleluasa ini.

Pentadbir sekolah atau universiti yang masih enggan membenarkan usaha-usaha tarbiah di kalangan pelajar dan siswa-siswi Islam sebanarnya melanggar arahan PM. PM dalam kenyataannya pada awal Ramadhan yang lalu telah meminta supaya pendekatan tarbiah digunakan untuk mengatasi masalah akhlak umat Islam".

Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Gaya hidup bermewah-mewah seolah disimbolisasikan dengan acara pelantikan anggota DPR yang memang WAH. Kedurhakaan bisa jadi disimbolkan oleh tidak ditunaikannya amanah umat selama ini oleh para penguasa, namun juga tidak tertutup kemungkinan kedurhakaan kita sendiri yang masih banyak yang lalai dengan ayat-ayat Allah atau malah menjadikan agama Allah sekadar sebagai komoditas untuk meraih kehidupan duniawi dengan segala kelezatannya (yang sebenarnya menipu).

Dan yang terakhir, terkait dengan “Fir’aun dan para pengikutnya”, percaya atau tidak, para pemimpin dunia sekarang ini yang tergabung dalam kelompok Globalis (mencita-citakan The New World Order) seperti Dinasti Bush, Dinasti Rotschild, Dinasti Rockefeller, Dinasti Windsor, dan para tokoh Luciferian lainnya yang tergabung dalam Bilderberg Group, Bohemian Groove, Freemasonry, Trilateral Commission (ada lima tokoh Indonesia sebagai anggotanya), sesungguhnya masih memiliki ikatan darah dengan Firaun Mesir (!).

Hukuman Sebat: Kartika Bukan Yang Pertama

Berikut saya sampaikan satu emel yang saya dapat melalui kolejislam@yahoogroups.com penjelasan oleh saudara Nasir Desa dari Pejabat Peguam Negara tentang isu ini. Sila sebarkan kenyataan beliau ini:

Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi Sukarno, wajar diperjelaskan bahawa –

1. Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.

2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.

3. YA Hakim Dato' Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas 2 orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak . Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.

4. Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian.

Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap 2 orang lain.- seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan 6 sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang. Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.

5. Hukuman keatas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputusan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato' Abdul Hamid untuk membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.

6. Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk 2 orang tukan sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak.

7. Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato' Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.

8. Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di Negeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyiksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.

9. Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dekenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada Hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.

10. JAG dan SIS melalui memorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memeorandum yang di kemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri2 Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.

11. TINDAKAN JAG, SIS DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP MENCEROBOH BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG TELAH KITA WARISI SEJAK ZAMAN SILAM DALAM KANUN UNDANG-UNDANG NEGERI-NEGERI MELAYU. (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk "Justice For Kartika"

Sabtu, 10 Oktober 2009

Mesyuarat Guru Kali Kelima -8-10-2009

sambutan hari kanak-kanak 2009

Hari Kanak-kanak dan Jamuan

9 okt 2009
ber gsungnya hari kanak-kanak peringkat sekolah...
majlis disajikan dengan pelbagai hiburan.........

Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Sambutan Hari Raya 2009

Jumaat, 9 Oktober 2009

dulu ....kini dan bukan selamanya.......





ini bilik mesyuarat dulu dan kini......