Isnin, 10 Mei 2010


Meletakkan widget di sitebar blog (blogspot.com)

Ramai tertanya-tanya, macam mana nak letak widget-widget seperti Jam Digital, Chatbox, YM status, Statistic widgets dan pelbagai lagi di sitebar. Tapi sebelum tu, anda tahu tak apa itu sidebar? Cuba lihat gambar di bawah ni (perbincangan ini merujuk kepada blog di Blogger.com),
  • Anak panah di atas dan tempat yang saya highlight merah tu, tu lah yang dinamakan sidebar. Kalau anda perasan, jika anda buat “blog walking”, sangat ramai blogger-blogger wanita yang suka taruk macam-macam kat sitebar kan? Benda yang kat tepi tu la dinamakan “widget”.
  • Jadi cara nak letak widget ni senang je, ok mula-mula login ke dashboard blog di blogger.com anda. Then click kat “Layout” dan click pada “Page Elements”. Rujuk pada gambar di bawah, bahagian yang saya highlight tersebut merujuk tempat di mana kita akan letakkan widget.
  • Untuk letakkan widget, anda perlu ambil code widget yang anda nak letakkan (nanti saya akan tunjukkan beberapa laman web widget yang berguna yang mungkin anda boleh guna nanti di bawah) di dalam petak HTML/Javascript. Untuk ke sana (sila rujuk gambar di bawah), anda perlu click pada “Add a Gadget”.
  • Kemudian lepas click pada kotak “HTML/Javascript”, anda boleh masukkan code tersebut di situ (rujuk gambar di bawah) di content dan “title” letak satu title yang sama dengan widget yang anda ingin letak. Dan tekan save.
  • Anda boleh alihkan kotak widget tersebut di mana-mana anda ingin letak. :) dan sudah set semua widget yang anda nak letak di blog anda, tekan save (rujuk gambar di bawah). Dan akhir sekali click “view blog”.
Anda akan lihat blog anda lebih menarik dari sebelumnya. Ok di sini saya senaraikan beberapa widget yang mungkin berguna untuk anda, antaranya:
  1. Feedjit – Untuk melihat siapa datang ke blog kita dan dari mana ia datang.
  2. W3Counter – Untuk merecord statistik harian user ke blog anda, dari mana mereka datang, dan sebagainya.
  3. Communications Widgets – Google Talk , Jaxtr , Meebo Me , Skype ,  Tag-Board.
  4.  Picture Widgets. Flickr , Picasa Albums
  5. Whos among us – Untuk melihat berapa user semasa online.
Jadi gunakan widget yang ada se-creative mungkin. Kalau ada widget-widget best yang nak dikongsikan bersama, comment la di bawah ni :)

Tiada ulasan: