Selasa, 11 Mei 2010


Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang




Untuk pengetahuan anda nuffnang adalah sebuah laman web ads network tempatan yang memberi peluang kepada anda menjana pendapatan dengan memaparkan iklan pengiklan di ruang blog anda.

Syarat utama untuk menjana pendapatan melalui laman web nuffnang ialah dengan memiliki laman web atau blog dan perkara paling asas sebelum mendaftar akaun nuffnang ialah anda mesti mempunyai emel peribadi yang sah dan blog yang aktif. Jika anda telah ada kedua duanya bolehlah pergi ke http://nuffnang.com.my/ . Klik pada sign up as blogger. Pastikan anda isi maklumat peribadi anda dengan lengkap dan betul. Untuk ruangan "Payee Name" pastikan anda letak nama seperti didalam kad pengenalan untuk memudahkan urusan pembayaran cek kepada anda nanti.


Pihak nuffnang akan memproses permohonan anda dan nama yang tertera didalam akaun anda akan digunakan dalam cek pembayaran kepada anda nanti. jadi pastikan nama dan alamat anda adalah betul untuk memudahkan proses penerimaan cek nanti.

Tiada ulasan: