Selasa, 21 Julai 2009

Isu j-QAF: Masa Tasmik

MASALAH MASA TASMIK

mengikut pendapat guru jQAF

Assalamu’alaikum wbt..

Tulisan ana hari ini ana tujukan khas buat pelajar2 ana (jQAF IPR Jan2007) dan siapa sahaja yg ada kaitan dgn mereka spt guru pembimbing, GB dan juga sesiapa yang berminat. Ianya sekadar berkongsikan fakta hasil daripada rujukan ana ke atas buku panduan jQAF, perbincangan lisan dengan penyelaras jQAF dan perhubungan telifon dengan pegawai jQAF yang berkenaan di JPN. Namun demikian, tulisan ini tidak boleh dijadikan hujjah sekiranya ia bertentang dengan mana2 dasar KPM yang tidak sempat ana rujuk.

Isunya tentang pengendalian kelas Tasmik model jQAF.

Sebagaimana yang ana faham, secara mudahnya, kelas Tasmik ini semacam kelas mengaji al-Quran (kalau dulu kita mengaji dengan tok2 guru di surau/masjid di kampung), cuma hari ini, atas anisiatif KPM, guru2 jQAF dibayar untuk mempastikan setiap anak orang Islam di Negara kita mengaji al-Quran dan dinamakan kelas/interaksi tersebut sebagai kelas Tasmik. Mengaji di surau kampung pindah ke dlm kawasan sekolah.

Sebenarnya masa interaksi wajib bagi setiap guru jQAF adalah SEKURANG2NYA 25 waktu seminggu. Oleh yang demikian, masa Tasmik ini berubah2 mengikut keadaan seseorang guru jQAF ditempatkan di sesebuah sekolah. Ada yang satu kelas sahaja muridnya, dua kelas tiga kelas dan sebagainya. Jadi bolehlah rujuk buku panduan agihan waktu guru jQAF ini dalam panduan Tahun 1 muka surat 311 hingga 331.

Contoh penyelesaian 1: (menetapkan waktu tasmik) Sekiranya guru jQAF itu major bahasa Arab, dan mengajar dua kelas semester 2 maka dia dah ada 4 masa bahasa arab dan 6 masa al-quran. Jadi perlu lagi 15 masa bagi mencukupkan had minimanya 25 masa, maka 15 masa itu ditetapkan mengajar tasmik yang perlu dilakukan di luar jadual rasmi persekolahan. Rujuk buku panduan muka surat 314. Sekiranya dia mengajar tiga kelas semester 1 pula, dia dah ada 6 masa bahasa Arab dan 12 masa al-Quran, maka masa tasmiknya hanya perlu 7 masa sahaja bagi mencukupkan 25 waktu seminggu. rujuk buku panduan muka surat 315.

Contoh penyelesaian 2 (murid2 terlibat dengan banyak aktiviti rasmi spt KAFA, Sukan dll) Jika ada 3 orang guru jQAF di sekolah tersebut, boleh diadakan sekaligus di surau sekolah dengan murid2 campur dari tahun 1 hingga 3 (atau hingga 4 atau berapa2 sahaja). Murid2 mengajilah dalam surau tu. gurunya pula pilih mana2 3 sudut dalam surau tu, panggillah mana2 pelajar samada thn1,2,3 dll mengadapnya utk tasmik. Spt mengaji di kampung.. Jika ada murid nak ke GERKO lain, kebetulan petang yang sama, ajarlah dahulu, dan minta balik semula ke surau (tpt tasmik tadi) sekiranya aktiviti GERKO telah siap. maksudnya, jika murid tiada apa2 aktiviti rasmi lain maka mesti duduk di tmpt tasmik itu sehingga masa guru tamat walaupun dah baca. Jgn dah baca bagi pulang. Lebih elok lagi ajar murid2 yg lancar dahulu kemudian minta mereka bantu ajar murid2 lemah sebelum murid2 lemah tersebut mengadap guru.

Yang pentingnya, program ini nak pastikan murid mengaji al-Quran. sbb jarang sangat di kampung2 ada tok2 guru yang mengajar al-Quran. Ana dahulu (masa kecik2) jika tak habis semua orang baca, tak boleh balik rumah. kena tunggu. bacalah kita al-quran tu hingga berkali2. esok datang, dapat pindah (org klantan kata dapat alih).

Murni sungguhnya hasrat dan cita2 program ini. Tinggal lagi kita laksanakannya dengan secara yang paling baik kita dapat. bukan sekadar melepaskan batuk di tangga yang penting hujung bulan dapat gaji. Jika dapat, jgn bagi murid2 stay, bagi mereka balik dulu, makan, solat dll macam kita mengaji dulu lah. kemudian datang ngaji. kini datang tasmik. Mudah2an generasi akan datang akan membentuk fenomena umat Islam yang lebih baik dari hari ini.

Sekian, harap maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tolong betulkan jika ada kesalahan fakta bagi mereka yang lebih mengetahui. Wallahu aklam.

Tiada ulasan: