Selasa, 21 Julai 2009

Nasib Kelulusan Agama Islam

Nasib Kelulusan Agama Islam

Assl…
Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang berpendidikan agama(tidak kira pondok atau universiti atau mana-mana tempat pengajian) kerana peratus pengangguran kalangan mereka agak berkurangan di masa kini walaupun terdapat kesan ekonomi global yang amat meruncing.
Tahniah yang saya ucapkan ini ialah kerana lulusan agama mudah mendapatkan wang mungkin dalam bentuk upah seperti mengajar secara tidak formal di mana-mana tempat samada pusat pengajian, surau, masjid dan seumpamanya. Paling mudah ialah mengajar membaca al-Quran kerana ramai ibubapa tidak mampu membacaal-Quran(salah siapa?) atau tiada masa untuk mengajar al-Quran akibat sibuk urusan dunia dan lain-lain. Perkara ini berlaku walaupun untuk mereka yang menjadi tenapa pengajar tidak formal.Manakala untuk yang formal lagilah mereka ini beruntung kerana secara formal sudah bergaji dan di tambah dengan informal sebagai pendapatan tambahan. Wau…kaya (jangan lupa sumbang untuk Islam/ Fi sabilllah / Zakat). Keadaan demikian juga secara tidak langsung menafikan bahawa belajar agama susah dapat kerja. Walhal belajar agama ada ilmu dan ini sudah memadai untuk mencurahkan ilmu tersebut yang amat berharga. Berbeza dengan mereka yang tidak belajar agama seperti jurutera, akautan, loyar dan lainnya yang tidak dapat kerja maka sukar untuk memberi khidmat. Jika lulusan agama, khidamat sentiasa diperlukan. Sekaligus upah yang diperolehi dapat memberi manafaat kepada mereka. Macammana? Belajarlah agama atau tuntutlah ilmu wahai saudara sekelian khususnya berkaitan agama Islam itu sendiri. Ilmu ini dapat memberi khidmat dunia dan akhirat.
Jika kelulusan agama ini diberhentikan kerja seperti kilang dan sebagainyapun dia tetap ada peluang untuk mencari pendapatan berbanding lulusan lainnya yang diberhentikan kerja. Walaupun pernah kedengaran bahawa belajar sebagai seorang hafiz al-Quran tidak akan dapat kerja, tetapi percayalah kenyataan tersebut tidak benar. Malahan hafiz al-Quran menjadi rebutan pelbagai pihak khususnya dalam menyampaikan ilmu al-Quran.
Wahai saudara sekelian saya berpendapat, berikan anak kita dengan ilmu agama dahulu diperingkat awal khususnya dalam menguasai bacaan al-Quran, menulis dan membaca jawi, kefahaman sudut ‘akidah di samping ilmu berkaitan ‘ibadat. Kemudiannya barulah dimasukkan ilmu dunia lainnya. Jika diberikan ilmu dunia lainya dahulu maka percayalah saudara sekelian, anak-anak akan menjadi sukar menguasai al-Quran, jawi dan lainnya seperti yang saya sebutkan sebelum ini.
Wallahua’lam.

Tiada ulasan: