Selasa, 21 Julai 2009

Mengapa Yahudi Bijak (Bandingkan Apa Yang Di Ajar Islam)

Mengapa Yahudi Bijak (Bandingkan Apa Yang Di Ajar Islam)

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani ‘housemanship’ di beberapa
hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan
untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak
dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa. Yahudi, dari segala bidang,
Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,
di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai
oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,
perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung
hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi
begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini
suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan
untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda
tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana
untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama,
persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi
saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si
ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah
metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang
mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa
soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya
bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia,
ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak
beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat
saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik
kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik
sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu
, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa
kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala
ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan
dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat
orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan
untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara
pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)
dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut
mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan
kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah
Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan
memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,
ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk
memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut
saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh
atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami
bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,
pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ……. tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak
anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang
badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam
pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami
3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah
dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut
mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ
kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman
untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum
Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di
dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California
, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
ke belakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,
menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus
sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini
murid-murid ditekan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya
lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa
senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute
tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan
lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak
hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yang
mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh
fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah
satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini
dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak
agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya
menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak
kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering
menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun
yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi
(ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika
mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa
faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda
untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu
lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di
Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah
naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti
perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan
digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa
faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California
sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,
beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi
konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara
pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yg baik untuk otak,
menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak
kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih
anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan
konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh
akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun
2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan
begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak
rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya
puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! dan
seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi
pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat
banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya
negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok,
saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja
Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,
teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap
rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan
penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat
disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka
begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah
kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga
ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya
ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yang bijak
seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan
saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang
telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat
menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai
Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Orang Islam ada caranya sendiri seperti membaca al-Quran, zikir-zikir, selawat, dan lain-lain yang sesuai.

Wallahu’alam.

Tiada ulasan: