Selasa, 21 Julai 2009

Tipso dan Petua....untuk temuduga SPP...


temuduga memang mendebarkan...
image source : tutor.com.my

Salam semua.
Hari ni hari minggu. Ramai antara kita bercuti dan nak beristirehat. Jadi, selamat bersenang-lenang bermain2 bersama isteri keluarga tercinta...

Entry ni khas aku buat untuk mereka yang nak mengetahui tentang soalan2 yang MUNGKIN akan ditanya dalam interview pengesahan jawatan untuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah (PPPS) DG 41.

Kalau nak tips2 interview dan tatacara yang betul, bolehla digoogle...itu takde masalah...kan? Antaranya ialah :
Tips dan tatacara temuduga
Kawal emosi semasa temuduga
Perkara yang menjelikkan penemuduga
Tips menghadiri temuduga
Yang pasal isu yang akan ditanya dalam interview SPP ni pun boleh digoogle, tapi aku harap ape yang aku tuliskan kat sini akan menjadi sebahagian daripada penyumbang untuk mereka yang menggoogle kat alam maya nih...InsyaAllah..

Sebagai seorang guru, kita mestilah serba tahu atau buat2 serba tahu jea.. :)
Takde laa...memang kamu kena menjadi seorang yang knowledgeable, informative, versatile dan berkeyakinan tinggi bila dah menjawat jawatan ni.

Jadi, untuk menguji kebijaksaan kamu, akan ditanya soalan seperti ini:
Bertanya khabar, asal dari mana...etc
jawab dengan berhemah dan yang mana dirasakan perlu. mulakan dengan senyuman, jangan ikut sangat perasaan yang berdebar tu..

Ceritakan latar belakang pendidikan kamu?
pandai2lah kamu elaborate, tapi jangan berjela sangat...
kalau ade yang menarik dalam kursus yang kamu ambil semasa belajar dulu, boleh elaborate (sikit) sebagai daya penarik ceritera kamu..
eg: semasa saya mengambil kursus marine science di U dulu, saya berpeluang untuk mengambil kursus scuba diving blablabla...dapat menghayati keindahan dasar laut...blablabla....

Cikgu mengajar di mana dan subjek ape di sekolah cikgu?
jawablah ape yang patut dan elaborate sikit... dan kalau boleh nyatakan perasaan selepas sebutkan subjek apa yang kamu ajar tu...
eg: saya mengajar matapelajaran sains semasa di sekolah. saya suke mengajar sains sebab sains adalah satu ilmu yang mengujakan dan penuh dengan tanda tanya. kita mengkaji dan mengkaji tentang sesuatu perkara atau fenomena itu dan dari situ barulah kita akan mendapat jawapan.
teknik mempelajari sesuatu atau sains khususnya bukanlah seperti dulu; di mana guru akan lebih bertindak sebagai pemudah cara atau facilitator.
bukan lagi sebagai sumber ilmu...
:)

Di dalam borang ni tertulis yang cikgu menjadi..(jawatan kamu laa)....
boleh cikgu nyatakan apa yang dah disumbangkan/aktiviti/kejayaan oleh cikgu? kalau perlu, berikan sedikit "nasi tambah" untuk bagi sedap lagi cerita, dan ia mestilah logik oke?? dan anda kena yakin yang memang anda gembira dan bangga dengan pancapaian anda setakat tu...oke?? tak perlu nak malu2 atau segan...

eg: semasa di sekolah, saya telah diberikan peluang untuk menjadi setiausaha UPSR. dan saya telah belajar banyak daripada tugas tersebut. selain itu, saya rasa saya dipilih kerana saya mempunyai bakat di dalam bidang IT walaupun bukan seorang yang pakar. apa pun, saya bersyukur kerana dipilih untuk memikul tanggungjawab ini.

atau

eg: semasa di sekolah, saya telah dipilih untuk mengetuai kelab guru. dan selama tempoh beberapa bulan ini, kami telah berjaya menganjurkan beberapa acara yang cukup baik dan meriah. antaranya ialah majlis persaraan....blabla...dan yang terbaru ialah sambutan hari guru ini. saya rasa saya telah melakukan sesuatu yang terbaik dalam sejarah sekolah di dalam sambutan hari guru ini. cukup meriah dan semua guru gembira pada hari tersebut...


nampak tak? aku macam rase banyak (ke sikit) nasik tambah aku dalam ayat2 aku kan??
tapi ada yang memang betul dan selebihnya ialah untuk menampakkan kita bersifat positif dan berbangga dengan apa yang dah kita capai atau sumbangkan.

cukuplah bab suai kenal dan mengetahui peribadi kita. Kita ke bab knowledge kamu...

soalan yang akan/pasti/memang ditanya kepada kita selaku pendidik..

apakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), sila nyatakan....dan huraikan sedikit.
aku pun jawablah statement FPK tu, tapi takde la sebijik...tapi dengan tambahan ayat kita sendiri asalkan tak tertinggal satu pun isi dalam PFK tu...

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ingat, jangan lupa walau satu pun isi penting yang aku boldkan tu...itu sangat penting! dan kalau boleh, kita ambil satu atau 2 isi penting untuk dihuraikan sedikit; konon2 ia menarik perhatian kamu laa...

eg: saya tertarik untuk menghuraikan sedikit tentang.......dan saya rasa ia amat bertepatan dengan wawasan/visi untuk menjadi negara maju...blablabla....
kalau kita lihat.....blabla...

oke, cikgu mengajar subjek...(subjek anda)....di sekolah. boleh cikgu kaitan, bagaimana kita boleh mencapai apa yang dah termaktub dalam FPK kita?
untuk ini, kamu perlu pantas dan cekap mengaitkan fakta dan auta isu semasa, dengan apa yang kamu sedang ajar di sekolah dsb... cepat fikirkan dan kaitan dengan gabungan ayat2 cinta power...
masukkanlah isu terbaru seperti perpaduan, isu 1Malaysia atau apa sahaja yang ada kaitan. Wawasan 2020, atau mencapai negara maju, atau era sains dan teknologi... Yang pasti, ia menunjukkan anda seorang yang alert dan prihatin dengan karier anda, yang menunjukkan anda ada wawasan...ada visi...oke?

boleh cikgu nyatakan tentang KBSR...?
untuk menjawab ini, anda mesti membaca. dan ingatlah isinya... boleh google...dan kaitkan dengan subjek yang kamu ajar... dan penemuduga akan tanya soalan lain untuk menduga kamu...

suke tau, dorang menduga hati dan perasaan aku...hiks...

disebabkan dalam KBSR ada unsur untuk mencelikkan murid dengan matapelajaran jawi, aku ditanya soalan cenggini;

walaupun kita tengok dalam KBSR, unsur2 subjek jawi dah diterapkan tapi banyak saya dengar dari cikgu2 skolah menengah yang ramai pelajar tak tahu membaca jawi walaupun sudah tingkatan 3, 4..? adakah ini menunjukkan sistem ini tak berkesan/gagal?
jawab dengan tenang dan ambil sikit mase untuk berfikir. pastikan kita sentiasa menyokong dan memberikan alasan yang positif...

eg: sebenarnya, ia bergantung kepada individu itu sendiri. apa yang penting, kita sebagai pendidik perlu terus menjalankan tanggungjawab kita dengan sepenuhnya. penerimaan dan keberkesanan adalah perkara kedua kerana kejayaan terletak dalam diri pelajar itu sendiri.
satu lagi, sistem ini mungkin perlu penambahbaikan.
contohnya dengan adanya PIPP ini, sistem jQaf dah diperkenalkan dan saya lihat ia memberikan kesan dan perubahan dalam ilmu keagamaan dan jawi.
dalam sistem pembelajaran jQaf, pengajaran lebih bersifat di dalam skala kecil; di mana seorang guru hanya akan mengajar di dalam kumpulan kecil di antara sehingga 10 orang sahaja di dalam satu sesi.
saya dapat perhatikan berlaku perubahan di dalam penguasaan ilmu ini kepada pelajar.


dan kamu boleh tambah kalau kamu rasakan perlu.
kalau boleh, nyatakan dengan bukti.

erm..ada jugak soalan2 lain...
eg:

sila nyatakan set induksi yang boleh cikgu buat untuk subjek cikgu?
sila nyatakan perdana menteri dan negara mereka?
sila nyatakan matawang dan negara mereka?
sila nyatakan nama menteri berserta portfolio mereka?
sila bincangkan satu isu semasa di dalam dunia pendidikan kita?
sila pilih satu isu semasa peringkat dunia dan bincangkan.
dan lain2 hal tu, kalau korang rasekan perlu, eloklah pi carik bahan, pi google dan fahamkan isinya. Yang penting ialah kerjasama! persediaan yang rapi...

Jadi, cikgu muzem dan mereka yang akan menempuhi temuduga SPP dalam jangka masa terdekat atau terjauh ni, selamat berjaya.
Aku doakan sentiasa yang terbaik untuk korang semua...

Selamat semuanya, InsyaAllah...!

Tiada ulasan: